
Sikap gentleman Nuqman untuk melindungi wanita yang bernama Nasira amatlah saya kagumi. walaupun perkenalan hanya beberapa minit telah mengikat mereka untuk ikatan perkahwinan yang sah walaupun tiada perasaan cinta dan kasih, yang ada hanya perasaan kasihan yang wujud dalam diri Nuqman. sikap Nuqman yang romantik, manja, tegas dan dalam masa yang sama sedikit suka mengusik menarik minat saya untuk menghabiskan novel ini. Hidup di buang keluarga dan masuk ke alam keluarga (Nuqman)yang baru telah menceriakan hidup Nasira dimana menjadi ahli keluarga Nuqman hidupnya lebih bermakna iaitu disayangi dan dihargai walaupun hadir dalam keterpaksaan, kerana sebalik yang berlaku ada hikmahnya.
rasanya tidak rugi saya meluangkan masa membaca novel kedua Iman nazrini ini, dan sentiasa menanti hasil nukilan terbaru dari beliau... sekian