![]() |
salam semua...dunia ku Shaklee... minggu ni saya nak bercerita berkenaan dengan Vit C Sustained Released 500 mg Shaklee.. mengandungi 100 % bahan semulajadi seperti BIOFLAVONOIDS dimana akan meningkatka lagi fungsi vitamin c dan mencegah pengoksidaan vitamin c di dalam badan. Vitamin C ekstrak daripada Kanji Jagung ('sumber semualjadi vitamin c") Vitamin C yang dihasilkan menyerupai Molekul yang sama dalam buah sitrus KENAPA ANDA MEMERLUKAN VITAMIN C ?
JIMAT PENGGUNAAN SEHINGGA 6 BULAN MENGANDUNGI 180 BIJI / 1 BIJI SEHARI. |
Duniaku sebagai anak, adik, isteri dan ibu ... insyaAllah akan menjadi Bos suatu hari nanti...
Ahad, 24 November 2013
Jumaat, 8 November 2013
Bab 3 : Why Me ???
“Airyn jom gerak sekarang takut
lambat tiba kat sana nanti” ajak Farid sebaik jer berdiri depan Airyn. “Kalau
tak pergi tak boleh ker?”tanya Airyn dengan harapan Farid akan bersetuju. “
bagi 10 sebab kenapa tak nak ikut saya, lagi pun bukan saya nak colek atau ajak
awak pi kahwin pun” tanya Farid dengan dahi berkerut sambil memandang Airyn
dengan muka yang serius. “ tak perlu la saya nak ikut lagi pun mesti dalam mesyuarat
tu dah ada setiausaha yang akan taked note, nanti awak mintalah salinan minit
mesyuarat tu dengan mereka, kan mudah” usulku walaupun aku tahu hanya 2% sahaja
peluangku untuk lepaskan diri dari mengikut Farid. “yes I know but better you
take your stuff and move, sebelum saya dah hilang sabar kat sini ada juga orang
kena angkat, so choose one first or second because I’m so happy and really like
it if you choose the second option my dear” ugut Farid sambil tersengih gatal
memandang Airyn. ‘Huh iye lah dah kuda laut tu kuda laut juga asyik nak
mengugut jer’ bentak Airyn perlahan lalu mengambil organizer dan beg tangannya
menuju ke lift. “ that’s my girl, kan baik macam ni ikut jer, tak perlu nak
bantah-bantah” pujuk Farid sambil tersenyum menggoda kira nak pujuk hati Airyn
yang tengah menggelegak tu. “ bising jer” jeling Airyn naik meluat melihat
senyuman Farid walaupun jauh di sudut hatinya senyuman tu amat di rinduinya.
______________________________________________________
Setiba di Perbadanan Putrajaya
mereka di sambut oleh penyambut tetamu dan membawa mereka ke bilik mesyuarat di
tingkat 3. Setiba di depan bilik mesyuarat “hmm Airyn ikut cik ni yer, habis
meeting nanti Farid cari Airyn” arahnya kepadaku agar mengikut penyambut tetamu
tadi. “aik kenapa pula” tanya ku dalam keadaan bingung sambil memandang Farid
dengan wajah yang keruh iyer lah kalau tak perlu masuk meeting kenapa pula
Airyn kena ikut dia pegi sini. “ Airyn ikut jer nanti Farid explain, please
jangan cari pasal kat sini” arah Farid dengan tegas. “ hmm, I’m feel like idiot
here Mr. Farid” jawab ku tegas dengan perasaan yang bercampur campur. “tak
macam tu Airyn, just go Farid dah nak masuk ni, habis meeting Farid explain
okey, I really need you always with me dear” jawab Farid lalu masuk ke bilik
meeting dan aku terus melangkah menuju lift dengan tekad leave from here. Hmm
nak pi mana yer, baik pi Alamanda idea yang bagus juga boleh cuci mata, Farid
ah lantakla bukannya laki aku pun nak minta izin..just ignore…hahaha. Tiba di
bawah “maafkan saya, miss mana saya boleh dapatkan teksi” tanyaku pada
penyambut tetamu. “ Kejap saya akan call teksi cik boleh duduk di sofa tu”
jawab penyambut tetamu tu lalu membuat panggilan. 2 minit kemudian “cik teksi
dah tunggu kat luar” tegur penyambut tetamu. “terima kasih” jawabku lalu
keluar. Sebaik jer masuk ke dalam teksi aku mengarahkan pemandu tersebut ke
Alamanda. Lamanya aku tak meronda Alamanda ni. Sejak Kak Chik dah ada abg
fairuz dah jarang keluar dengan aku sedihnyer..masuk butik Guess la cuci mata
jap.
“selamat datang cik..” sapa
salesgirl hanya ku balas dengan senyum. “ bulan ni kita ada new collection yang
baru sampai” aku hanya menganggukkan kepala terasa gegaran di dalan beg
tanganku.
“ Assalamualaikum…yer nak apa ”
tanya ku dengan suara yg mendatar rasa marah masih beraja di hati.
“ waalaikumusalam, kenapa awak
keluar tak tunggu dan tak ikut apa yang saya arahkan cik Airyn Ismail?” tanya Farid
non-stop dengan suara yang aku rasa paling serius lah katakan.
“ suka hati saya En. Farid saya
bukannya tunggul nak tunggu kat sana macam orang bodoh”
“awak ni kenapa Airyn kan saya
suruh tunggu, apa masalah awak sebenarnya ataupun awak memang tak faham
arahan?” tengking Farid dalam telefon. “ eh nak marah-marah pula sepatutnya
saya yang marahkan, dah la di perbodohkan terpaksa ikut awak ke situ tanpa buat
apa-apa, bosan tau tak” bidasku tanpa memberikan Farid peluang. “okey Airyn kat
mana sekarang, Farid jemput Airyn dan terus balik” tanya Farid dengan suara
yang lembut. “ Saya kat Alamanda ni, tak per saya balik sendiri nanti, Cuma nak
minta izin saya nak half day hari ni, bolehkan?” “boleh, tunggu kat sana kita
sama-sama half day, sebab saya nak minta tolong awak carikan hadiah untuk
ibu” jawab Farid lalu menamatkan
panggilan.
Keluar jer dari butik Guess aku
terus menuju kerusi kosong depan Big Apple Donnut dalam fikiran ku terimbau
kisah lama antara aku dan Farid dulu… kisah 5 tahun yang lepas menyebabkan aku
membawa diri ke Sabah, 4 tahun aku menyepi di Sabah tanpa balik hanya abah,
ibu, along, angah dan achik jer yg datang melawat ku. Baru setahun aku berada
di sini itu pun atas desakan ibu yang saban waktu menghubungi ku meminta agar
aku balik. Kalau tak aku dah jadi isteri Farid dan alhamdulillah tawaran
sambung belajar yang kuterima dari Universiti Malaysia Sabah telah
menyelamatkan ku. Nasib kami hanya dikenakan denda walaupun ayahku dan ayah Farid
berkeras nak kami nikah serta kuda laut tu pun bersetuju. Aku tak nak nikah
dengan kuda laut sebab aku benci dia, along selalu mengusik ku dan mengejeku
dengan kata-kata yang dia yang dah terakam dalam mindaku’ benci benci melangit,
sayang-sayang melangit, yang dibenci tula yang akan jadi laki ko nyah’ huh meluat aku
dengan along. Farid dengan aku cuma beza 3 tahun, kenapa aku benci dia, aku
teringat masa zaman sekolah semasa aku tingkatan 2 dia tingkatan 5, dia lah
lelaki yang menyebabkan aku di denda oleh guru disiplin, di sebabkan surat
cinta yang Farid terima, entah dari mana aku pun tak tahu, tiba-tiba jer aku di
tuduh menghantar surat cinta pada Farid. Walaupun puas aku menafikan tetapi
nasib tak menyebelahi ku, aku di denda memungut sampah di seluruh kawasan sekolah.
Naik merah juga muka dan telinga ku asyik di sindir oleh rakan-rakan disekolah.
Aku pun pelik bila masa aku hantar surat kat dia. Dan pasal surat cinta tulah
along, angah kekadang kak chik join
venture mengejek ku. Teringgat lagi masa sambutan hari jadi ku yang ke – 18
pada November 2006, birthday party yang di adakan oleh keluargaku mastermind
nya along. Ini lah majlis hari jadi yang betul-betul memalukan ku. Di depan
semua ahli keluarga ku Farid a.k.a kuda laut mencium pipiku dengan selamba
sebagai hadiah hari jadi atas alasan tak sempat beli hadiah. Semua yang ada di
majlis hari jadi tu terkejut dengan tingkah selambanya. Aku tergamam dan hanya
memandang ibu dan secara automatic tangan ku mencapai piring kertas yang berisi
kek ku tamparkan ke muka Farid. Aku terus berlari naik keatas dan air mataku
mengalir, kenapalah Farid selalu menyakitkan hatiku sedangkan berjumpa,
bercakap atau memandang mukanya pun aku jarang, membuatkan aku befikir kenapa
dia selalu menyakitkan hatiku. Along kata Farid suka kat aku dan jawabku pada
along dengan buat muka toya “ Why me???”.
Langgan:
Catatan (Atom)