Isnin, 5 Jun 2017

Hang Jebat Poyo Bab 3

BAB 3

“ Bye Iman Untie dan Mak Tok nak gi shopping, korang bincanglah baik baik, kalau nak apa-apa Mak Som ada kat dapur, yer”

Senang-senang jer dorang tinggalkan aku dengan Hang Jebat ni, kalau dia apa-apakan aku nanti macam mana. Nasib ada Mak Som selamat lah sikit, naya juga tetiba datang pencegah maksiat, selamat aku basah kuyup. Huh tak nak aku.

“Dah habis ker berzikir tu? Sampai berkerut dahi tu saya tengok, macam panjang sangat zikir awak tu” sindir Jebat.

“Huh sibuk jer, sebelum awak mula apa-apa saya nak bagi tau kat sini depan mata awak dan dekat telinga awak yang saya tak nak kahwin dengan awak titik”

Jebat hanya mengamati Iman dari rambut turun ke mata yang bulat dan bersinar, hidung yang sedikit mancung dan bibir yang comel, rasa geram pula dengan bibir Iman yang petah sangat berkata-kata rasanya nak cium jer untuk senyapkan mulut comel tu.

“Hello apasal senyum-senyum ni? Mereng ekk”sindir Iman geram melihat si Hang Jebat ni punyalah bersemangat dia bagi tahu si Jebat ni buat derk jer siap senyum-senyum lagi.

“Aish mulut tu tak boleh cakap elok sikit ker cik Iman, awak tu perempuan cuba sopan sikit bercakap tu”.

“maaf ler saya sopan dengan orang tertentu jer, awak tak termasuk dalam list tertentu saya yer”.

“hmm… Mak Som oooo Mak Som” jerit Jebat memanggil Mak Som sebenarnya dia dahaga nak harapkan si minah ni mati kehausan lah dia di sini.

Mak Som datang dari dapur dengan menggahnya terkejut dengan suara yang baru di dengarinya sebab setahunya Encik Idris dah keluar dengan Puan dan Cik Inarah. Setibanya di ruang tamu Mak Som terkejut melihat Iman dan seorang lelaki, lama dia mengamati lelaki tersebut..ops baru dia ingat si Jebat lah pula.
“oh Encik Jebat, mak Som ingatkan siapalah tadi, lama dah tak datang, pegi mana?” ramah Mak Som menegur Jebat.

“Ada jerk at sini, Cuma sibuk sikit. Mak Som tak perlu lah nak panggil encik tu, kan saya dah pesan panggil Jebat jer kalau tak pun Mak Som panggil saya Darling ker..hahahaha” gurau Jebat dengan Mak Som.

“Eh .. stop… Mak Som kenal ker Hang Jebat ni..!!” tanya Iman hairan melihat gurauan Mak Som dengan si Poyo ni.

“Iman apa pula Mak Som tak kenal, Jebat cucu Tuan Jamri, Iman tak ingat ker dulu Jebat selalu main dengan Iman. Kan Jebat” jawab Mak Som.

“Iman main dengan si hang jebat ni, Mak Som ni biar betul,” tanya Iman semula. Terkejut dengan kenyataan mak Som yang menunjukkan selama ini dia dan Jebat memang kenal, tapi kenapa dia tak kenal dan tak ingat langsung si poyo ni.

“Mak Som saya haus lah nak harapkan bakal isteri ni confirm saya mati kehausan, boleh tak saya nak minta buat kan air,” pintas jebat.

“Iman tak ingat saya langsung ker?” tanya Jebat sambil merenung Iman

“Saya bukan tak ingat malahan saya tak kenal awal langsung hang Jebat” jawab Iman dengan penuh yakin.

“sekali lagi saya dengar Iman panggil saya Hang Jebat, siap saya cium mulut tu…saya ni pantang di cabar, tau jer lah Hang Jebat kan” ugut Jebat geram dengan panggilan Iman tu tiap kali menyebut namanya mesti ada Hang di depan.

“Huh…. Poyo….”

Kedatangan Mak Som dengan dua gelas air oren menyelamatkan suasana yang tegang tu.
“Iman…Jebat minumlah biar lega sikit marah tu”sambil meletakan gelas di hadapan Jebat dan Iman.
“ha memang nak legakan marah ni Mak Som, sakit jer hati dengar si cinonet ni bila bercakap tak reti nak berlembut” jawab jebat terus meneguk air yang di hidangkan.

“suka hati aku, okey..kalau sakit hati pegi balik tak perlu nak bertenggek kat rumah orang” sindir Iman harap harap Jebat akan beredar selepas minum.

Jam berdenting menunjukkan jam 8.00 malam, hairan juga di hati Iman kemana Uncle Idris bawa Untie dan Mak Tok berjalan.

“ okey lah saya datang ni sebenarnya nak bagi tahu lagi 3 minggu kita akan kahwin, dan saya nak awak pergi kursus kahwin dan buat pemeriksaan HIV, borang dan semua keperluan saya akan sediakan” terang Jebat tanpa berselindung.

“hello … Assalamualaikum…”

‘Waalaaikumussalam…belum malam pertama dah bagi salam…good..good ada improvement” jawab jebat lucu melihat muka Iman yang merah padam menahan marah.

“Gila..saya tak nak kahwin dengan awak, tak nak ada ikatan dengan awak, tak sudi nak jadi isteri awak…faham tak” bentak Iman…

“cool down Iman, saya tak suka cakap terjerit jerit ni, saya tak pekak lagi…jangan buat begitu dengan saya, I’m warning” tegur Jebat secara diplomasi tak nak marah-marah, dia sudah mengagak reaksi Iman, sebab dia dah mendengar perbincangan dari awal tadi.

“Bagi saya satu sebab yang munasabah or munasarawak, kenapa awak tak nak kahwin dengan saya?”, tanya Jebat tegas. “kalau jawapan awak memuaskan hati saya, inshaAllah saya turutkan, tapi automatic awak akan kehilangan hak ke atas semua Harta IJ Holdings termasuk rumah yang awak berdiri ni”, terang Jebat dengan riak yang tenang, dalam hati jebat amat berharap Iman tak punya jawapan yang di harapkan..kalau tak musnah lah harapannya nak memiliki Iman, itu lah misi dan visinya.

“saya tak nak kahwin dengan awak sebab saya tak nak kahwin dan saya tak cintakan awak, encik Jebat” jawab Iman dengan penuh yakin dengan mata yang bersinar seolah punya keberanian yang luar biasa.

Senyap dan telefon berdering, Iman berjalan menghampiri telefon dan menjawab..
“Hello..”
“Assalamualaikum..Iman Untie ni..”Sapa Untie Inara
“Waalaikumusalam..Untie tak balik lagi ker?” tanya Iman
“ni lah Untie nak bagi tau, untie ngan mak tok tak balik, kita orang tido rumah uncle Idris kamu, esok kami balik” terang Untie Inara..
“What,,Untie semua ni memang kena rancang ker…tinggalkan Iman sorang sorang kat rumah ni, untie langsung tak risau keselamatan Iman yer..sampai hati”
“bukan macam tu Iman, mak Tok tak larat nak balik tetiba dia rasa penat, apa yang Iman nak takutkan mak Som kan ada, takkanlah Jebat nak buat apa-apa kat Iman”  
“hati manusia kita tak tau Untie..ialah nanti Iman bagi tau Mak som, Assalamualaikum Untie” lemah suara Iman menuturkannya, kepalanya ligat memikir kejadian hari ni especially malam ni.
“Waalaikumusalam, Mak Tok kirim salam, untuk iman dan Jebat” Pesan Untie Inara sebelum meletakkan telefon.

Iman melangkah kembali ke kerusi dan duduk berdepan dengan Jebat.

“hmm…. Rasanya tak der apa nak di bincangkan lagi yer encik Jebat, keputusan saya, muktamad” Iman memulakan bicara untuk memecahkan kebisuan antara mereka.

“Keputusan memang dah di buat sejak kita kecil lagi Iman, realitinya keputusan yang dah di tentukan oleh atuk kita, yang mana Iman tetap kena kahwin dengan saya, memandangkan saya dah bagi peluang pada Iman untuk bagi saya alasan kenapa saya kena batalkan, tapi alasan Iman tak munasabah mahupun munasarawak, so the result is after 3 weeks you will be my wife, is it clear Iman”, tegas Jebat dengan muka yang serius.
“and one more I will do not touch you before you be my wife because I am still know different Halal and Haram, so don’t make any bad thinking about me, my dear”

“3 minggu ke 3 bulan ker 3 tahun ker takkan terjadi, kahwin lah sorang-sorang” jawab Iman tanpa menoleh kearah Jebat yang bergerak ke pintu untuk balik.

“and don’t forget to close the door, because I am scared someone I doesn’t know come in, without invitation”, arah Iman.

Jebat berpusing kembali dan berjalan kearah Iman dan berdiri di hadapan Iman, Jebat meletakkan tapak tanganya di atas kepala Iman lalu berkata” set di kepala Iman tu, Hanya Jebat Iskandar bin Joshua Abdullah yang akan jadi suami Iman Jazmina Binti Imad Jazlan, Assalamualaikum”, kata Jebat terus berlalu ke pintu utama, dan menoleh kearah Iman yang terpaku merenungnya kerana tidak menyangka yang jebat akan berbuat sedemikian. Jebat melayangkan Flying Kiss kepada Iman membuatkan Iman tersedar, lalu Iman menjelirkan lidah kerana geram dan sakit hatinya.

‘Ibu..Iman rindu ibu, sakit Iman di layan macam ni Ibu, kalau lah ibu dan Abah ada mesti semua ni takkan terjadi’ rintih Iman dalam hati sambal merenung gambar Abah dan ibunya, dah 6 tahun dia di tinggalkan.
 .