Rabu, 6 Jun 2018

Hang Jebat Poyo...Bab 4

Bab 4

Di hadapan pintu bilik Iman berdiri Umi Inarah,
“Iman, bangun..” laung Umi Inarah sambil mengetuk pintu bilik Iman.
“Iman, Jebat dah tunggu Iman ni, kan hari ni nak pegi kursus kahwin” sambung Umi Inarah.
Iman membuka pintu dengan rambut yang kusut, kemudian berjalan semula ke katil masuk semula dalam comforter.
“Iman bangunlah, dah sejam Jebat tunggu kat bawah tu, tak malu ker? “ bebel Umi Inarah sambil menarik comforter Iman.
“Iman tak nak pegi lah Umi, Iman tak nak kahwin dengan dia” jawab Iman sambil menarik kembali comforter untuk menutup badannya. Dah lah baju tidurnya seksi, kena lagi aircond sejuk sangat.
“Iman jangan buat hal, Umi nak Iman bangun, tak malu ker dengan jebat belum kahwin dah tunjuk bad attitude, Iman taukan jebat tu macam mana, sama keras kepala macam Iman” bebel Umi Inarah.
“Iman tak kisah lah Umi, Iman tak nak kahwin, Umi keluarlah Iman nak tido sejuk ni” jawab Iman, hanya suara jer yang di dengar dari kaki hingga kepala di litupi comforter.
“okey fine, Umi turun malas nak layan Iman, Umi kejut tak nak, biar Jebat kejut, biar Iman malu” ugut Umi Inarah kerana dia tau Iman takkan berganjak, anak dara ni kalau dah tidur, memang susah nak bangun, liat sangat.
“bye Umi nanti jangan lupa tutup pintu” balas Iman tanpa rasa bersalah dan menyambung tidurnya. ‘aku peduli apa dengan Hang Jebat tu, baik sambung tidur’ monolog Iman dalam hati kemudian tidur semula.
***
Sebaik jer Umi Inarah turun, Jebat berdiri dengan pandangan penuh tanda tanya,
“Iman dah bangun ker Untie” tanya Jebat
“Jebat, Umi tak tau nak kejut macam mana, Iman tak nak bangun, pegilah kejut Iman, Umi benarkan naik gi bilik dia, cakap elok-elok jangan berkasar tau”
“Nak saya kejut juga ker” tanya Jebat sambal mengaru kepalanya yang tak gatal.
“jebat taukan Iman tu macam mana!, pegilah dah habis modal nak kejut dia pagi ni, geram Umi ada jer jawapan dia bila umi kejut dia tadi” jawab Umi Inarah,
“tak per ker Untie saya masuk bilik dia” tanya Jebat semula sambal memandang Untie Inarah yang dah duduk di sofa sambal menukar rancangan televisyen.
“pergi jer lah, paling tidak pun bergema jer rumah ni dengan jeritan Iman, bilik dia hujung sekali sebelah kiri” jawab Umi Inarah dengan senyuman.
Jebat naik ke ruang atas dan menuju bilik Iman, bakal jadi bilik dia juga 3 bulan akan datang. Dengan berhati-hati Jebat membuka pintu,
‘sejuknya bilik patut pun liat nak bangun’ gumam Jebat dalam hati. Jebat menuju ke katil Iman, tersenyum sendiri melihat badan yang berselubung comforter.
“Iman wake up” suara Jebat perlahan untuk mengejutkan Iman.
 Tapi tiada respon. Jebat berpaling mencari suis lampu dan aircond. Melihat suis lampu dan air cond Jebat bergerak menghampiri suis lalu mematikan air cond dan menghidupkan lampu. Kemudian Jebat bergerak semula menghampiri katil Iman. Kemudian duduk di tepi katil Iman, rasanya macam nak masuk dalam comforter Iman biar padan muka dia.
“Iman wake up” kejut Jebat sambal mengoyangkan badan Iman. Tiada respond dari Iman.
Jebat berdiri dan menarik comforter yang menyelubungi Iman, dan tergamam. Tidak menyangka Iman akan berpakaian seperti itu, baju tidur satin Hitam, seksi dan jarang. Bagai tertelan air liur, tedetik di hati Jebat, Indahnya pandangan.
Bagai terkejut dari lamunan bila Iman seperti teraba raba mencari selimut.
Jebat terus mendekati Iman di katil dan tunduk ke telinga Iman kemudian berdehem dengan suara yang sengaja di lembutkan..
“Iman bangun, sweetheart, abang datang ni”
Iman macam terdengar dengar suara lelaki tetapi matanya berat untuk di buka, terasa telinga nya seperti ditiup tiup, dia beralih ke kiri lalu memeluk bantalnya, tangannya masih meraba raba cuba mencapai comforternya.
Jebat ulang semula mengejutkan Iman, kali ni jebat keraskan suara
“Iman Jazmina, bangun” suara jebat bergema di bilik Iman,
Iman terus duduk mendengar suara keras di telinganya lalu menoleh ke arah suara yang di dengarnya, dari matanya yang kecil dan kuyu terbuka besar bila melihat Jebat tersenyum sinis di hadapan matanya,
“siapa benarkan ko masuk” jerit Iman tanpa tertahan, sakit hatinya
“I nak you bangun dan bersiap hari ni kita ada kursus kahwin, so better you siap cepat kalau tak I join sekali  tido atas katil ni”arah Jebat tanpa menunggu jawapan atau menjawab soalan Iman tadi.
“Umi…..” jeritan Iman bergema seluruh taman rasanya, Iman menarik comforter di hujung kakinya menutup seluruh badannya yang terdedah, malunya dia dengan Jebat yang dah melihat seluruh tubuhnya. Rasa nak nanggis pun ada, sampai hati Umi.
“ko keluar dari bilik aku”, jerit Iman lalu mencapai bantal untuk membaling kearah Jebat, Jebat yang memang dah ready dengan balingan Iman lalu menyambut bantal tersebut.
Jebat mendekati Iman dan meletakkan bantal di tepi iman lalu berkata “ I bagi you 30 minit untuk siap, kalau you tak siap dalam masa 30 minit tu, I naik siap sedia yer I tak kisah kalau nak rasmi awal 1st night kita hari ni, dah lah you seksi sangat” ugut jebat lalu mengenyitkan mata kearah Iman lalu keluar dari bilik Iman.
“kau kurang ajar sangat, aku benci kau Hang jebat” jerit Iman sekuat hatinya, seakan meluahkan rasa marah yang terbuku di hati melihat jebat menutup pintu biliknya.

Ingatkan ugutan Jebat, Iman bangun dan mengemas katilnya lalu ke bilik mandi untuk bersiap, seberani dan sedegil Iman kalah juga dengan ugutan Jebat, terasa takut di hatinya sebab Jebat memang GILA.