Ahad, 24 November 2013

Gambar: Vitamin C Shaklee sangattt bestt tau dan harga berbaloi2...sebotoi ni tak sampai pun rm100..Lepas tu 1botoi ni boleh guna bukan takat sebulan,2bulan,3bulan....6BULANNN tuuu..Lama kannnn!!..Apa yg best pasai vitamin Shaklee ni..

ianya Sustain Release..Apa tu Sustain Release?..Mai nak habaq sat...Sustain Release tu ialah pelepasan dosage mg setiap jam untuk diserap oleh tubuh hangpa...walaupun hangpa telan sebiji terus 500mg...kira 100mg setiap jam serap terus oleh tubuh..So berbaloi la drpd hang pa telan habis 1000mg last2 yg serap di badan takat 200mg saja..yg lain 800mg keluaq ikut air kumuhan...Membaziiqq..

Ada pulak kata 500mg tak cukup..nak yg 1000mg...Hangpa makan byk2 smpai 1000mg ni hari2 tau tak apa kesan kat buah pinggang?..Lainlah kalau hangpa tgh demam ka selsema ka..Nak tau kesannya..Google la sendiri..Silap2 boleh sebabkan kurapp tau...eeee!!..Takutt..

500mg Vit C Shaklee pun sudah menyamai makan 7biji oren sunkist tu..Banyakk tu..Sehari hangpa makan buah oren berapa biji?..takdak langsung?..Haaa apa tunggu lagi..Jom cuba Vit C 500mg Shaklee yg super duper terbaiikk ni..Jimat dan berbaloi2..KKM?..Offcos laa adaa brand Shaklee ni..Nak join ahli terus pun bulehh eh..Takdak problemm..Jom PM

Amiezan Family With Shaklee
892262
0134133609

#RinduUUM #RinduSintok #RinduCafebinjal #RinduKolej Proton #RinduCampusLife #RinduKawan2 #RinduAlorSetar #RinduKualaPerlis #RinduTeamPROFAS

salam semua...dunia ku Shaklee...

minggu ni saya nak bercerita berkenaan dengan Vit C Sustained Released 500 mg Shaklee..
mengandungi 100 % bahan semulajadi seperti BIOFLAVONOIDS dimana akan meningkatka lagi fungsi vitamin c dan mencegah pengoksidaan vitamin c di dalam badan.
Vitamin C ekstrak daripada Kanji Jagung ('sumber semualjadi vitamin c")
Vitamin C yang dihasilkan menyerupai Molekul yang sama dalam buah sitrus

KENAPA ANDA MEMERLUKAN VITAMIN C ?
  • mencegah jangkitan dan selesema
  • antioksia kuat ; anti penuaan; melawan radikal bebas; mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia dan toksik
  • diperlukan untuk pembesaran & membaiki tisu
  • diperlukan untuk penghasilan kolagen, protein penting untuk kulit, tendon, ligamen, salur darah
  • diperlukan untuk merawat luka & membaiki tulang rawan dan gigi
  • mencantikan kulit
  • mengekalkan kolestrol
  • memerangi kanser,
  • meningkatkan sistem imun badan
  • memperbaiki insominia
  • memperbaiki simptom pendarahan
Vitamin C sustained released, sekiranya berlebihan dalam badan, akan dibuang melalui urine. anda perlu bekalkan vitamin seperti ini secara berterusan di dalam badan.
JIMAT PENGGUNAAN SEHINGGA 6 BULAN MENGANDUNGI 180 BIJI / 1 BIJI SEHARI.
 

Jumaat, 8 November 2013

Bab 3 : Why Me ???


“Airyn jom gerak sekarang takut lambat tiba kat sana nanti” ajak Farid sebaik jer berdiri depan Airyn. “Kalau tak pergi tak boleh ker?”tanya Airyn dengan harapan Farid akan bersetuju. “ bagi 10 sebab kenapa tak nak ikut saya, lagi pun bukan saya nak colek atau ajak awak pi kahwin pun” tanya Farid dengan dahi berkerut sambil memandang Airyn dengan muka yang serius. “ tak perlu la saya nak ikut lagi pun mesti dalam mesyuarat tu dah ada setiausaha yang akan taked note, nanti awak mintalah salinan minit mesyuarat tu dengan mereka, kan mudah” usulku walaupun aku tahu hanya 2% sahaja peluangku untuk lepaskan diri dari mengikut Farid. “yes I know but better you take your stuff and move, sebelum saya dah hilang sabar kat sini ada juga orang kena angkat, so choose one first or second because I’m so happy and really like it if you choose the second option my dear” ugut Farid sambil tersengih gatal memandang Airyn. ‘Huh iye lah dah kuda laut tu kuda laut juga asyik nak mengugut jer’ bentak Airyn perlahan lalu mengambil organizer dan beg tangannya menuju ke lift. “ that’s my girl, kan baik macam ni ikut jer, tak perlu nak bantah-bantah” pujuk Farid sambil tersenyum menggoda kira nak pujuk hati Airyn yang tengah menggelegak tu. “ bising jer” jeling Airyn naik meluat melihat senyuman Farid walaupun jauh di sudut hatinya senyuman tu amat di rinduinya.

______________________________________________________

Setiba di Perbadanan Putrajaya mereka di sambut oleh penyambut tetamu dan membawa mereka ke bilik mesyuarat di tingkat 3. Setiba di depan bilik mesyuarat “hmm Airyn ikut cik ni yer, habis meeting nanti Farid cari Airyn” arahnya kepadaku agar mengikut penyambut tetamu tadi. “aik kenapa pula” tanya ku dalam keadaan bingung sambil memandang Farid dengan wajah yang keruh iyer lah kalau tak perlu masuk meeting kenapa pula Airyn kena ikut dia pegi sini. “ Airyn ikut jer nanti Farid explain, please jangan cari pasal kat sini” arah Farid dengan tegas. “ hmm, I’m feel like idiot here Mr. Farid” jawab ku tegas dengan perasaan yang bercampur campur. “tak macam tu Airyn, just go Farid dah nak masuk ni, habis meeting Farid explain okey, I really need you always with me dear” jawab Farid lalu masuk ke bilik meeting dan aku terus melangkah menuju lift dengan tekad leave from here. Hmm nak pi mana yer, baik pi Alamanda idea yang bagus juga boleh cuci mata, Farid ah lantakla bukannya laki aku pun nak minta izin..just ignore…hahaha. Tiba di bawah “maafkan saya, miss mana saya boleh dapatkan teksi” tanyaku pada penyambut tetamu. “ Kejap saya akan call teksi cik boleh duduk di sofa tu” jawab penyambut tetamu tu lalu membuat panggilan. 2 minit kemudian “cik teksi dah tunggu kat luar” tegur penyambut tetamu. “terima kasih” jawabku lalu keluar. Sebaik jer masuk ke dalam teksi aku mengarahkan pemandu tersebut ke Alamanda. Lamanya aku tak meronda Alamanda ni. Sejak Kak Chik dah ada abg fairuz dah jarang keluar dengan aku sedihnyer..masuk butik Guess la cuci mata jap.

“selamat datang cik..” sapa salesgirl hanya ku balas dengan senyum. “ bulan ni kita ada new collection yang baru sampai” aku hanya menganggukkan kepala terasa gegaran di dalan beg tanganku.    

“ Assalamualaikum…yer nak apa ” tanya ku dengan suara yg mendatar rasa marah masih beraja di hati.

“ waalaikumusalam, kenapa awak keluar tak tunggu dan tak ikut apa yang saya arahkan cik Airyn Ismail?” tanya Farid non-stop dengan suara yang aku rasa paling serius lah katakan.

“ suka hati saya En. Farid saya bukannya tunggul nak tunggu kat sana macam orang bodoh”

“awak ni kenapa Airyn kan saya suruh tunggu, apa masalah awak sebenarnya ataupun awak memang tak faham arahan?” tengking Farid dalam telefon. “ eh nak marah-marah pula sepatutnya saya yang marahkan, dah la di perbodohkan terpaksa ikut awak ke situ tanpa buat apa-apa, bosan tau tak” bidasku tanpa memberikan Farid peluang. “okey Airyn kat mana sekarang, Farid jemput Airyn dan terus balik” tanya Farid dengan suara yang lembut. “ Saya kat Alamanda ni, tak per saya balik sendiri nanti, Cuma nak minta izin saya nak half day hari ni, bolehkan?” “boleh, tunggu kat sana kita sama-sama half day, sebab saya nak minta tolong awak carikan hadiah untuk ibu”  jawab Farid lalu menamatkan panggilan.

Keluar jer dari butik Guess aku terus menuju kerusi kosong depan Big Apple Donnut dalam fikiran ku terimbau kisah lama antara aku dan Farid dulu… kisah 5 tahun yang lepas menyebabkan aku membawa diri ke Sabah, 4 tahun aku menyepi di Sabah tanpa balik hanya abah, ibu, along, angah dan achik jer yg datang melawat ku. Baru setahun aku berada di sini itu pun atas desakan ibu yang saban waktu menghubungi ku meminta agar aku balik. Kalau tak aku dah jadi isteri Farid dan alhamdulillah tawaran sambung belajar yang kuterima dari Universiti Malaysia Sabah telah menyelamatkan ku. Nasib kami hanya dikenakan denda walaupun ayahku dan ayah Farid berkeras nak kami nikah serta kuda laut tu pun bersetuju. Aku tak nak nikah dengan kuda laut sebab aku benci dia, along selalu mengusik ku dan mengejeku dengan kata-kata yang dia yang dah terakam dalam mindaku’ benci benci melangit, sayang-sayang melangit, yang dibenci tula  yang akan jadi laki ko nyah’ huh meluat aku dengan along. Farid dengan aku cuma beza 3 tahun, kenapa aku benci dia, aku teringat masa zaman sekolah semasa aku tingkatan 2 dia tingkatan 5, dia lah lelaki yang menyebabkan aku di denda oleh guru disiplin, di sebabkan surat cinta yang Farid terima, entah dari mana aku pun tak tahu, tiba-tiba jer aku di tuduh menghantar surat cinta pada Farid. Walaupun puas aku menafikan tetapi nasib tak menyebelahi ku, aku di denda memungut sampah di seluruh kawasan sekolah. Naik merah juga muka dan telinga ku asyik di sindir oleh rakan-rakan disekolah. Aku pun pelik bila masa aku hantar surat kat dia. Dan pasal surat cinta tulah along, angah kekadang kak chik join venture mengejek ku. Teringgat lagi masa sambutan hari jadi ku yang ke – 18 pada November 2006, birthday party yang di adakan oleh keluargaku mastermind nya along. Ini lah majlis hari jadi yang betul-betul memalukan ku. Di depan semua ahli keluarga ku Farid a.k.a kuda laut mencium pipiku dengan selamba sebagai hadiah hari jadi atas alasan tak sempat beli hadiah. Semua yang ada di majlis hari jadi tu terkejut dengan tingkah selambanya. Aku tergamam dan hanya memandang ibu dan secara automatic tangan ku mencapai piring kertas yang berisi kek ku tamparkan ke muka Farid. Aku terus berlari naik keatas dan air mataku mengalir, kenapalah Farid selalu menyakitkan hatiku sedangkan berjumpa, bercakap atau memandang mukanya pun aku jarang, membuatkan aku befikir kenapa dia selalu menyakitkan hatiku. Along kata Farid suka kat aku dan jawabku pada along dengan buat muka toya “ Why me???”.

Isnin, 28 Oktober 2013

Salam semua...
minggu yang kurang baik semua demam dari yang kecik hingga si ibu... ibu yang teruk dgn tonsil bengkak.. walau apa pun have nice day...

Khamis, 17 Oktober 2013

WHY ME ????? Bab 2


Bab 2

“Morning ibu, morning ayah “ sapaku sebaik jer sampai di meja makan.

“Aik yang kami ni tak der morning ker takkan ibu ngan ayah jer?” tetiba suara along menyampuk mengenyitkan mata pada ku. “Malas nak say morning dengan korang hati masih membara ni, along punya pasal la adek terjerat kat syarikat tu. Hutang along sebab buat adik macam ni takkan adek lupakan, never” jawabku tanpa memandang muka along, terasa bersalah tapi kena bagi pengajaran juga kat along ni ialah memandai atur kehidupan ku siap atur jodoh untuk aku lagi tu, lagilah aku hangin..

“Adek tak baik cakap macam tu dengan along, apa salahnya Farid tu sampaikan adek benci betul kat dia, hari ni balik awal yer kita ada tetamu malam ni. And adek please bawa bawalah berdamai dengan si Farid tu jangan nanti silap-silap hari bulan itulah jodoh adek” tegur ibu membuatkan aku diam jer baik tak yah jawab kang berlanjutan. “ okeylah ayah  ibu adek gi dulu kang lambat masuk ofis kuda laut tu bising pula” salamku terus menuju ke kereta ku..hmm jangan tak tau ayah hadiahkan aku kereta sempena dapat kerja. Tu yang buat aku tahan nak kerja walaupun setakat MYVI Alhamdulillah…

“Abang macam mana nak cakap pasal malam ni dengan Airyn yang Datuk Fadhil datang merisik Airyn, tengok jer tadi tu macam benci sangat dia ngan si Farid tu,risau pula saya “ Pn Amizah meluahkan kerisauannya dengan suami dan anak-anaknya yang masih di meja makan. “ Ibu jangan risaulah insya Allah okey jer tu kalau ibu dan ayah yang cakap, kan adek tu kalau ibu dan ayah yang cakap dia akan menurut jer nak-nak lagi ibu berdrama sikit, confirm adek setuju jer tu, cayalah cakap along…” jawab along @ Mohd Aidil. “Jangan risaulah zah, abang yakin Airyn takkan menolak tapi kita kena hormat juga pilihan dia, mana tau Airyn dah ada boyfriend, kita tanya jer dulu, tapi jangan paksa sebab abang takut kalau kita desak dia entah-entah dia hantar borang permohonan dia nak sambung master kat Australia tu. Melopong kita zah” jawab Encik Ismail lalu mengenggam tangan Pn Amizah. “ hmm ayah ni depan kami pun nak beromantik ni yang buat along jealous ni..hahaha” usik angah @ Mohd Airil sambil melirik mata mengejek  along. “ eh ko jangan nak buat citer entah-entah ko yang jealous, ko nak along luku ke kepala ko ngah ?” balas along sambil menjeling sakit hatinya melihat senyuman angah dan achik. ”dah..dah tak payah nak bertekak, ni semua tak nak gi keje ker, ibu dan abah dah nak gerak ni, achik tolong Mak Mah kemas yer, memandangkan achik yang cuti hari ni nanti tolong Mak Mah pegi pasar untuk beli barang-barang makan dinner malam ni. Jangan nak merayap tau, jangan lupa ajak fairuz datang makan malam nanti “ pesan Pn Amizah yang panjang lebar terus menuju ke garaj bersama suaminya. Setelah bersalam semuanya bergerak ke destinasi masing-masing.

“Mak Mah jam berapa nak gi pasar” tanya achik @ Aina sambil mengemas. Mak Mah keluar dari dapur untuk membantu mengemas meja makan. “Achik kejap lagi kita pegi Mak Mah nak kemas dapur dulu nanti Mak Mah panggil Achik” jawab Mak Mah walaupun usia dah separuh abad tetap cergas buat kerja dapur. “ tak per la Mak Mah hari ni Achik tolong buat semua kerja dan jadi driver Mak Mah yer “ jawab Achik lalu memeluk bahu Mak Mah.

____________________________________________________________

Sepanjang perjalanan dari rumah ke ofis membuatkan aku terfikir pasal kuda laut tu. Oh ya lupa nak bagi tau ape sal aku benci tahap hyperbola ngan mamat tu. Mohd  Farid bin Datuk Mohd fadhil lelaki yang pernah mengharu birukan dunia ku, lelaki muka tembok, lelaki yang perasan bagus. Pasal dialah aku kena ejek ngan along, angah dan achik dan pasal dialah aku sanggup merantau jauh menimba ilmu asalkan tak terjumpa dengan dia. Dia lah lelaki yang telah mengharukan hidup ku.  Memandangkan aku malas nak fikir pasal dia lain kali aku cerita… setelah parking kereta aku menuju ke lift sambil melambai tangan dengan Miza @ penyambut tetamu syarikat tu. Aku melihat jam di tangan awal lagi ni. Harap-harap kuda laut tu lambat hari ni walaupun sebenarnya kuda laut tu tak pernah lambat datang ke pejabat.

“Morning Airyn “ buat kan aku terkejut lalu menoleh. Ish macam tau jer kuda laut ni aku tengah fikir pasal dia. “ Morning Encik Farid” jawabku tanpa menoleh. “ kan abang dah bagi tau tak perlu ber encik encik dengan abang, nak kena cium ker” usik Farid sambil melirik Airyn, alahai Airyn kenapalah aku boleh giler ngan ko ni.. bisik Farid dalam hati. “ biol ker apa, nak kena tampo ker” panas hati Airyn lalu masuk ke dalam lift di ekori Farid yang hanya mengelengkan kepala melihat Airyn rasa hati Farid nak jer dia peluk minah ni mulut macam peluru berpandu. “ yer lah usik sikit pun tak boleh, kedekut bukannya luak pun” balas Farid bersahaja, sengaja nak lihat reaksi Airyn dia balas ke tak!. “ Suka hati nak usik-usik apa ingat anak ayam boleh usik-usik, luak ke tak luak ker aku punya pasal nak kena  penampo cakap tak der masa nak gurau ngan ko” balas Airyn bagaikan tembakan peluru berpandu yang tak berhenti – henti. Farid hanya tersenyum memandang Airyn nasib dalam lift tu hanya mereka berdua ‘tak per tak dapat cara baik ko tunggu jer Airyn aku kurung ko dalam bilik bila aku dah dapat’ gumamnya dalam hati smbil melirik Airyn yang macam, cacing kepanasan. Sampai jer pintu lift terbuka Airyn terus membolos tanpa peduli yang dia terlanggar badan Farid sehinggakan kedua-duanya terjatuh depan pintu lift, yang hot nya Airyn jatuh atas Farid mereka bertentang mata dan tanpa Airyn sedari tangan Farid melekap di pinggang Airyn. Dramatic betul adalah dalam 2 minit mereka bertentang mata sehinggalah Farid bersuara “sedap ke dok atas abang ni sayang?” Airyn bingkas bangun lalu meninggalkan Farid yang masih duduk sambil tersenyum “ Airyn… Airyn “ panggil Farid kuat sehinggakan staff yang lain menoleh ke arahnya menyebabkan Airyn berhenti dan menoleh “ u hutang dengan I sebab selamatkan u dari jatuh tau…” maklum Farid sambil menunjukkan tanda kiss dengan Airyn. Panas hati Airyn lalu terus ke meja dan hanya tunduk menghadap komputernya. ‘Malaun betul mamat ni, bongok aper buat macam tu, orang lain nampak nanti apa pula pandangan dorang, huh kuda laut betul’ gumam Aireyn dalam hati. Farid menuju ke meja Airyn sebelum masuk kebiliknya lalu berhenti  depan meja Airyn “ apa yang di zikirkan tu Airyn, hinga herot mulut tu saya tengok, hmm Airyn make me coffee and thanx yer love you” arah Farid dalam usikan. “nak kena tampo atau nak kena pijak” balas Airyn dengan geram rasanya kalau boleh nak buat betul – betul lalu berdiri dan berlalu ke pantry. Setelah siap membancuh Airyn singgah di mejanya untuk mengambil organizer bagi menyemak pergerakan Kuda laut hari ni ‘ yes kuda laut tak der kat ofis satu hari ni …aman lah dunia ku’. Kemudian mengetuk pintu lalu masuk, Farid tekun memandang fail di hadapannya, salah satu sikap farid yang Airyn suka bila berkerja dia akan serius dengan kerja. Dahi berkerut memandang fail tersebut, lalu Airyn meletakkan kopi di tepi meja lalu membuka organizer dan meneliti seketika. “ thanks yang” lalu mencapai gelas dan minum” hari ni apa program abang yang” tanya Farid bersahaja sambil tersenyum, saja nak mengusik Airyn.” Apa yang yang buah kepayang la, hari ni awak ada mesyuarat kat putrajaya, petang lawatan tapak dengan perbadanan putrajaya, so today you very full even only had two programs” terang ku dengan senang hati atas sebab hidupku akan aman sepanjang hari ni sebab kuda laut tak der di ofis. “ okey, sediakan fail yang saya nak bawa, oh yer Airyn you siap sekali ikut I pegi meeting because I need assistant to take noted all the information. Okey u can leave now” arah Farid tanpa memandang muka Airyn..” cup..cup kenapa saya kena ikut..?” tanya Airyn tak puas hati. “ kenapa ada masalah ker kan u PA saya..Kak Maria pun dulu akan ikut saya kalau saya ada meeting dengan agensi luar terutama dengan kerajaan” Jawab Farid lalu memandang muka Airyn. “ enough Airyn just go and ready..” gesa Farid tanpa memberi Airyn peluang.   “ huh…Why Me??? “bentak Airyn lalu keluar… Farid melihat Airyn menghempas pintu, ‘hahaha dia ingat aku tak tau yang dia suka aku tak der kat ofis, siap lah ko cik Airyn ku sayang, mana aku pegi aku heret ko sama, mana ko hilang hingga lubang cacing akan ku cari, cukup lah 5 tahun kau menghilang Airyn, takkan ku lepaskan’ bisik

Jumaat, 11 Oktober 2013

assalamualaikum...
hari ni paper pertama utk midterm exam...nasib okey jer walaupun ada biol skit kepala...huhuhu..dah masuk semester 6, 2 semester lagi nak graduate..than sambung plak master..bila la nak habis study ni..insyaAllah selagi mampu...esok direct 2 paper sedia tak nyer lagi baru baca sikit2 huhu kelentong lah nampak nyer esok...

doakan saya dapat jawab yer,....

salam
ibu asya aisyi..

Rabu, 9 Oktober 2013

NOVEL : WHY ME???????????????

BAB 1 : Kadangkala apa yang diharapkan tidak seindah apa yang di impikan. Hmmm begitulah hidup ku.. hari ini interviu yang ke 4 aku hadiri. Ikut akan hati malas nak pegi tetapi dah abang kesayangan yang tak di sayang tu paksa, terpaksalah pergi.  Tiba sahaja di Marion Holdings aku berjumpa dengan penyambut tetamu.

“Assalamualaikum cik, saya datang nak interviu. “ sapaku.
“ Waalaikumusalam, interviu! Hmm saya rasa syarikat tak der pula buat interviu, sekiranya ada mesti bahagian HR dah maklum dengan saya cik.” Bingung aku memikirkan, betul ke tidak ada interviu ni.

“ Biar betul cik sebab semalam saya dapat panggilan untuk hadir hari ni temuduga jam 9 di tingkat 9 dari Pn. Maria” tanyaku semula dengan dahi yang semakin berkerut. Mungkin kalau di sambung kening boleh bercantum kot.
“ Maafkan saya cik, saya tanya kak Maria dulu yer nak confirmkan, kejap yer”

Mata ku melilau melihat sekeliling, bertembung dengan sepasang mata yang sedang merenungku tanpa berkelip. Macam kenal jer mamat ni, macam pernah nampak tapi dimana dan siapa yer…
“ Maaf yer cik, saya memang tak ada di maklumkan, cik boleh naik terus ke tingkat 9 dan berjumpa dengan Pn.Maria” senyum penyambut tetamu bila maklumkan makin berdebar di hatiku. Aku terus menuju ke lif. Setiba sahaja di tingkat 9 seorang perempuan yang sarat mengandung menungguku dengan senyuman. Comelnyer ibu mengandung ni.

“ Airyn Ismail ker ?” tanya perempuan tadi aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. “Saya Kak Maria PA bos Marion Holdings, Airyn akan menggantikan kakak sepanjang kak cuti bersalin nanti”, memperkenalkan dirinya dengan begitu mesra comel sungguh ibu mengandung ni tetiba jer aku mengosok perut ku, ops apa yang aku mengarut ni siap gosok perut lagi huh berangan lebih. Kak Maria tersenyum memandang gelagat ku.
“Ops .. Kak Maria bukan ker saya datang ni untuk interviu …” pelik interviu pun belum dah di terima bekerja… “ Oh tak bos tak jadi nak buat interviu dia terus lantik jer sebab nak cepat minggu depan kak dah start cuti dah..bolehkan Airyn “? pelik juga budak ni kalau orang lain mesti dah gembira yang dia ni buat muka macam tak suka jer, Maria bermonolog sendiri.

“ Hmm kak, Airyn nak tanya sikit boleh?” aku bertanya untuk merungkai kekusutan di kepala yang memang dah tepu ni. “Boleh Airyn apa dia” Kak Maria hanya tersenyum…
“Macam mana Airyn boleh di panggil dan dapat kerja kat sini pada hal Airyn tak pernah aply jawatan kat sini, jawatan PA pula tu jauh dari bidang Airyn..musykil ni kak…” pandang ku dengan penuh berminat agar dapat merungkaikan kekusutan ni.

“ oh ye ker… pelik juga…hahaha tak der lah peliknya Airyn kan tu rezeki dari Allah s.w.t. Airyn patutnya bersyukur sebab Airyn tak buat apa-apa dah dapat kerja, orang lain terpaksa berbaris-baris nak mohon kerja tau.. syukran Airyn..” nasihat kak Maria sambil menepuk bahuku lembut..
“ Alhamdulillah.. so bila saya start keje ni..” tanya ku walaupun dengan separuh hati. Nak jadi PA tu rewind semula Personal Assistant tu pada boss Marion Holdings.. masak aku kali ni. Tak per Airyn pasti boleh anak papa mesti boleh.

“Rasanya hari ni dah start tak per kejap lagi Airyn jumpa Big Bos dan berkenalan, don’t worry Airyn he very nice person” kak Maria jawab sambil tersenyum. Tapi aku 1001 perasaan sebab bila lihat senyuman kak Maria tu macam pelik, hmm lantaklah…aku tak suka aku berhentilah.. before that just set in mind this is challenging, ialah dah bosan dok rumah ni.
“Jom Airyn big bos dah panggil” , ajak Kak Maria, aku mengekor belakang Kak Maria perasaan aku yup jantung rasa nak meletop sana lah juga ada rasa nak terkencing..Ya Allah bantulah n berilah kekuatan kepada hambamu…Amin.. doaku dalam hati. Kak Maria mengetuk pintu dan masuk.

“Assalamualaikum Datuk  dan Tuan, Datuk dan Tuan ni Airyn Ismail pengganti saya sepanjang saya cuti nanti”. Terang Kak Maria.
“Waalaikumussalam Maria dan Airyn, Airyn sampai bila nak tunduk tu tak nak tengok muka uncle ker, uncle ni hendsome tau ” usik Datuk yang di maksudkan Kak Maria tadi. Lantas aku mengangkat muka dan bertentang mata dengan ops Datuk Fadhil kawan ayah.. kelu lidah ku dengan senyum yang terpaksa atas sebab terkejut or tak sangka… Masya Allah rupa-rupanya aku kerja di syarikat kawan ayah, patutlah  muka lelaki yang satu ni macam pernah aku nampak dan kenal sebelum ni. Sakitnya hati.

“Uncle Fadhil, assalamualaikum” jawab ku setelah lama bermonolog sendiri. “ okeylah Datuk dan Tuan saya keluar dulu yer nak balik tempat. Oh ya Tuan Farid pagi ni meeting tuan dengan syarikat makmur tu cancel tapi diganti dengan lawatan tapak di Putrajaya jam 10.30 pagi nanti bersama-sama dengan  pihak Perbadanan Putrajaya.”  Maklum kak Maria lalu keluar dan aku pun mengekor kak Maria..
“Airyn duduk dulu” arah Uncle Fadhil. “ Farid agak-agaklah tengok anak orang tu, malu Airyn tu” usik Datuk Fadhil. “ mana ada ayah ni memandai jer, nak tengok juga, lama tak jumpa dulu masa kecik-kecik adalah” jawab Farid cover malu. Huh dia ni cucuk kang mata tu menyakitkan hati jer sebelum lebih jauh baik aku cakap. “ uncle Fadhil, sebelum tu Airyn nak minta maaf sebab Airyn tak tau syarikat ni uncle yang punya patut pun abah dan abang Aidil beriya-iya paksa Airyn datang hari ni. Airyn tak boleh terima jawatan ni sebab tak pernah ada pengalaman pun, bolehkan uncle” terangku berhati-hati, ialah airmuka ayah kena jaga jugakan, mana la tau uncle Fadhil cerita ngan ayah masak aku kena goreng dengan ayah nanti.

“ hmm Airyn uncle tau memang setiausaha ni bukan bidang Airyn untuk 3 bulan ni jer untuk tolong Farid, lepas maria habis cuti bersalin uncle akan tawarkan Airyn jawatan yang bersesuaian dengan bidang or kursus Airyn. That’s mean utk 3 bulan ni kira orientasi lah yer” terang uncle Fadhil tersenyu sambil memandang ku dengan harapan.
“ Boleh tak Airyn fikir kan dulu” tanya ku dengan harapan uncle Fadhil setuju. “ Tak boleh ayah sebab farid perlukan pembantu nanti Maria cuti siapa yang nak bantu Farid, siapa nak susun jadual Farid ” bangkang Farid tiba-tiba. Berpusing kepala aku menoleh kearah farid mengelegak darah aku “ eh ko aperhal, suka hati aku lah.. menyakitkan hati jer” hah ambik kau keluar ayat brutal aku. “ ah sudah farid  Airyn dah jangan bertekak, Airyn uncle nak minta tolong 3 bulan jer lepas tu terpulang pada Airyn nak teruskan dengan jawatan tu atau nak kekal. Farid nak Airyn jadi pembantu please behave yourself” terang uncle Fadhil kepada ku dan berbau amaran kepada Farid.

“ okey ayah Farid terima will be behave myself to Cik Airyn tapi kalau terlebih sikit tu tak per kan Airyn” jawab Farid selamba terus memandang ku. Menyampah nyer aku dengan jantan ni, kenapalah nasib ku macam ni, inilah jantan yang aku nak elakkan selama ini. Ibu tolong adek….

Isnin, 7 Oktober 2013

ini lah kesayanganku.....dunia ku insyaAllah hingga akhir hayat ku...ini lah anak-anak Shaklee... Raisya Nisrina dan Raisyi Nazrini.. kesayang ibu n abah. Moga menjadi anak yg solehah yer...

Love ibu asya aisyi
Assalamualaikum semua...
Hari ini pergi Jabatan Kebajikan ngan husband... well saya nak buka taska... my dreams...nak buka taska..insyaAllah dgn sokongan husband n family. Perancangan nak buka dekat my home town at Bongawan...at least sya cuba utk buka n bantu org yg tak berkerja n yang berkerja... harap2 semua berjalan lancar... insyaAllah ..doakan saya yer...1stly saya kena pergi kursus pengurusan Taska...excited n tak sabar ni insyaAllah next year akan tertubuhnya Taska Idaman... doakan impian saya yer...

love ibu asya aisyi

Jumaat, 4 Oktober 2013

JoM BeR' ShAkLlEe....


Meal Shakes
  Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat

• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
* sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak terutama sekali yang tiada selera makan, kanak2 yg selalu menghidap demam, sinus n kurang tumpuan dalam belajar.

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Rabu, 25 September 2013

my new

salam semua... salam ukhuwah... saya Eda Shaklee Independent Distributer 948841 my id...jom terokai dunia SHAKLEE