“Assalamualaikum cik, saya datang
nak interviu. “ sapaku.
“ Waalaikumusalam, interviu! Hmm
saya rasa syarikat tak der pula buat interviu, sekiranya ada mesti bahagian HR
dah maklum dengan saya cik.” Bingung aku memikirkan, betul ke tidak ada
interviu ni.
“ Biar betul cik sebab semalam
saya dapat panggilan untuk hadir hari ni temuduga jam 9 di tingkat 9 dari Pn.
Maria” tanyaku semula dengan dahi yang semakin berkerut. Mungkin kalau di
sambung kening boleh bercantum kot.
“ Maafkan saya cik, saya tanya
kak Maria dulu yer nak confirmkan, kejap yer”
Mata ku melilau melihat
sekeliling, bertembung dengan sepasang mata yang sedang merenungku tanpa
berkelip. Macam kenal jer mamat ni, macam pernah nampak tapi dimana dan siapa
yer…
“ Maaf yer cik, saya memang tak
ada di maklumkan, cik boleh naik terus ke tingkat 9 dan berjumpa dengan
Pn.Maria” senyum penyambut tetamu bila maklumkan makin berdebar di hatiku. Aku
terus menuju ke lif. Setiba sahaja di tingkat 9 seorang perempuan yang sarat
mengandung menungguku dengan senyuman. Comelnyer ibu mengandung ni.
“ Airyn Ismail ker ?” tanya
perempuan tadi aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. “Saya Kak Maria
PA bos Marion Holdings, Airyn akan menggantikan kakak sepanjang kak cuti
bersalin nanti”, memperkenalkan dirinya dengan begitu mesra comel sungguh ibu
mengandung ni tetiba jer aku mengosok perut ku, ops apa yang aku mengarut ni
siap gosok perut lagi huh berangan lebih. Kak Maria tersenyum memandang gelagat
ku.
“Ops .. Kak Maria bukan ker saya
datang ni untuk interviu …” pelik interviu pun belum dah di terima bekerja… “
Oh tak bos tak jadi nak buat interviu dia terus lantik jer sebab nak cepat
minggu depan kak dah start cuti dah..bolehkan Airyn “? pelik juga budak ni
kalau orang lain mesti dah gembira yang dia ni buat muka macam tak suka jer, Maria
bermonolog sendiri.
“ Hmm kak, Airyn nak tanya sikit
boleh?” aku bertanya untuk merungkai kekusutan di kepala yang memang dah tepu
ni. “Boleh Airyn apa dia” Kak Maria hanya tersenyum…
“Macam mana Airyn boleh di
panggil dan dapat kerja kat sini pada hal Airyn tak pernah aply jawatan kat
sini, jawatan PA pula tu jauh dari bidang Airyn..musykil ni kak…” pandang ku
dengan penuh berminat agar dapat merungkaikan kekusutan ni.
“ oh ye ker… pelik juga…hahaha
tak der lah peliknya Airyn kan tu rezeki dari Allah s.w.t. Airyn patutnya
bersyukur sebab Airyn tak buat apa-apa dah dapat kerja, orang lain terpaksa
berbaris-baris nak mohon kerja tau.. syukran Airyn..” nasihat kak Maria sambil
menepuk bahuku lembut..
“ Alhamdulillah.. so bila saya
start keje ni..” tanya ku walaupun dengan separuh hati. Nak jadi PA tu rewind
semula Personal Assistant tu pada boss Marion Holdings.. masak aku kali ni. Tak
per Airyn pasti boleh anak papa mesti boleh.
“Rasanya hari ni dah start tak
per kejap lagi Airyn jumpa Big Bos dan berkenalan, don’t worry Airyn he very
nice person” kak Maria jawab sambil tersenyum. Tapi aku 1001 perasaan sebab
bila lihat senyuman kak Maria tu macam pelik, hmm lantaklah…aku tak suka aku
berhentilah.. before that just set in mind this is challenging, ialah dah bosan
dok rumah ni.
“Jom Airyn big bos dah panggil” ,
ajak Kak Maria, aku mengekor belakang Kak Maria perasaan aku yup jantung rasa
nak meletop sana lah juga ada rasa nak terkencing..Ya Allah bantulah n berilah
kekuatan kepada hambamu…Amin.. doaku dalam hati. Kak Maria mengetuk pintu dan
masuk.
“Assalamualaikum Datuk dan Tuan, Datuk dan Tuan ni Airyn Ismail
pengganti saya sepanjang saya cuti nanti”. Terang Kak Maria.
“Waalaikumussalam Maria dan Airyn,
Airyn sampai bila nak tunduk tu tak nak tengok muka uncle ker, uncle ni
hendsome tau ” usik Datuk yang di maksudkan Kak Maria tadi. Lantas aku
mengangkat muka dan bertentang mata dengan ops Datuk Fadhil kawan ayah.. kelu
lidah ku dengan senyum yang terpaksa atas sebab terkejut or tak sangka… Masya
Allah rupa-rupanya aku kerja di syarikat kawan ayah, patutlah muka lelaki yang satu ni macam pernah aku nampak
dan kenal sebelum ni. Sakitnya hati.
“Uncle Fadhil, assalamualaikum”
jawab ku setelah lama bermonolog sendiri. “ okeylah Datuk dan Tuan saya keluar
dulu yer nak balik tempat. Oh ya Tuan Farid pagi ni meeting tuan dengan
syarikat makmur tu cancel tapi diganti dengan lawatan tapak di Putrajaya jam
10.30 pagi nanti bersama-sama dengan
pihak Perbadanan Putrajaya.” Maklum
kak Maria lalu keluar dan aku pun mengekor kak Maria..
“Airyn duduk dulu” arah Uncle
Fadhil. “ Farid agak-agaklah tengok anak orang tu, malu Airyn tu” usik Datuk
Fadhil. “ mana ada ayah ni memandai jer, nak tengok juga, lama tak jumpa dulu
masa kecik-kecik adalah” jawab Farid cover malu. Huh dia ni cucuk kang mata tu
menyakitkan hati jer sebelum lebih jauh baik aku cakap. “ uncle Fadhil, sebelum
tu Airyn nak minta maaf sebab Airyn tak tau syarikat ni uncle yang punya patut
pun abah dan abang Aidil beriya-iya paksa Airyn datang hari ni. Airyn tak boleh
terima jawatan ni sebab tak pernah ada pengalaman pun, bolehkan uncle” terangku
berhati-hati, ialah airmuka ayah kena jaga jugakan, mana la tau uncle Fadhil
cerita ngan ayah masak aku kena goreng dengan ayah nanti.
“ hmm Airyn uncle tau memang
setiausaha ni bukan bidang Airyn untuk 3 bulan ni jer untuk tolong Farid, lepas
maria habis cuti bersalin uncle akan tawarkan Airyn jawatan yang bersesuaian
dengan bidang or kursus Airyn. That’s mean utk 3 bulan ni kira orientasi lah
yer” terang uncle Fadhil tersenyu sambil memandang ku dengan harapan.
“ Boleh tak Airyn fikir kan dulu”
tanya ku dengan harapan uncle Fadhil setuju. “ Tak boleh ayah sebab farid
perlukan pembantu nanti Maria cuti siapa yang nak bantu Farid, siapa nak susun
jadual Farid ” bangkang Farid tiba-tiba. Berpusing kepala aku menoleh kearah
farid mengelegak darah aku “ eh ko aperhal, suka hati aku lah.. menyakitkan
hati jer” hah ambik kau keluar ayat brutal aku. “ ah sudah farid Airyn dah jangan bertekak, Airyn uncle nak
minta tolong 3 bulan jer lepas tu terpulang pada Airyn nak teruskan dengan
jawatan tu atau nak kekal. Farid nak Airyn jadi pembantu please behave
yourself” terang uncle Fadhil kepada ku dan berbau amaran kepada Farid.
“ okey ayah Farid terima will be
behave myself to Cik Airyn tapi kalau terlebih sikit tu tak per kan Airyn”
jawab Farid selamba terus memandang ku. Menyampah nyer aku dengan jantan ni,
kenapalah nasib ku macam ni, inilah jantan yang aku nak elakkan selama ini. Ibu
tolong adek….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan