Khamis, 17 Oktober 2013

WHY ME ????? Bab 2


Bab 2

“Morning ibu, morning ayah “ sapaku sebaik jer sampai di meja makan.

“Aik yang kami ni tak der morning ker takkan ibu ngan ayah jer?” tetiba suara along menyampuk mengenyitkan mata pada ku. “Malas nak say morning dengan korang hati masih membara ni, along punya pasal la adek terjerat kat syarikat tu. Hutang along sebab buat adik macam ni takkan adek lupakan, never” jawabku tanpa memandang muka along, terasa bersalah tapi kena bagi pengajaran juga kat along ni ialah memandai atur kehidupan ku siap atur jodoh untuk aku lagi tu, lagilah aku hangin..

“Adek tak baik cakap macam tu dengan along, apa salahnya Farid tu sampaikan adek benci betul kat dia, hari ni balik awal yer kita ada tetamu malam ni. And adek please bawa bawalah berdamai dengan si Farid tu jangan nanti silap-silap hari bulan itulah jodoh adek” tegur ibu membuatkan aku diam jer baik tak yah jawab kang berlanjutan. “ okeylah ayah  ibu adek gi dulu kang lambat masuk ofis kuda laut tu bising pula” salamku terus menuju ke kereta ku..hmm jangan tak tau ayah hadiahkan aku kereta sempena dapat kerja. Tu yang buat aku tahan nak kerja walaupun setakat MYVI Alhamdulillah…

“Abang macam mana nak cakap pasal malam ni dengan Airyn yang Datuk Fadhil datang merisik Airyn, tengok jer tadi tu macam benci sangat dia ngan si Farid tu,risau pula saya “ Pn Amizah meluahkan kerisauannya dengan suami dan anak-anaknya yang masih di meja makan. “ Ibu jangan risaulah insya Allah okey jer tu kalau ibu dan ayah yang cakap, kan adek tu kalau ibu dan ayah yang cakap dia akan menurut jer nak-nak lagi ibu berdrama sikit, confirm adek setuju jer tu, cayalah cakap along…” jawab along @ Mohd Aidil. “Jangan risaulah zah, abang yakin Airyn takkan menolak tapi kita kena hormat juga pilihan dia, mana tau Airyn dah ada boyfriend, kita tanya jer dulu, tapi jangan paksa sebab abang takut kalau kita desak dia entah-entah dia hantar borang permohonan dia nak sambung master kat Australia tu. Melopong kita zah” jawab Encik Ismail lalu mengenggam tangan Pn Amizah. “ hmm ayah ni depan kami pun nak beromantik ni yang buat along jealous ni..hahaha” usik angah @ Mohd Airil sambil melirik mata mengejek  along. “ eh ko jangan nak buat citer entah-entah ko yang jealous, ko nak along luku ke kepala ko ngah ?” balas along sambil menjeling sakit hatinya melihat senyuman angah dan achik. ”dah..dah tak payah nak bertekak, ni semua tak nak gi keje ker, ibu dan abah dah nak gerak ni, achik tolong Mak Mah kemas yer, memandangkan achik yang cuti hari ni nanti tolong Mak Mah pegi pasar untuk beli barang-barang makan dinner malam ni. Jangan nak merayap tau, jangan lupa ajak fairuz datang makan malam nanti “ pesan Pn Amizah yang panjang lebar terus menuju ke garaj bersama suaminya. Setelah bersalam semuanya bergerak ke destinasi masing-masing.

“Mak Mah jam berapa nak gi pasar” tanya achik @ Aina sambil mengemas. Mak Mah keluar dari dapur untuk membantu mengemas meja makan. “Achik kejap lagi kita pegi Mak Mah nak kemas dapur dulu nanti Mak Mah panggil Achik” jawab Mak Mah walaupun usia dah separuh abad tetap cergas buat kerja dapur. “ tak per la Mak Mah hari ni Achik tolong buat semua kerja dan jadi driver Mak Mah yer “ jawab Achik lalu memeluk bahu Mak Mah.

____________________________________________________________

Sepanjang perjalanan dari rumah ke ofis membuatkan aku terfikir pasal kuda laut tu. Oh ya lupa nak bagi tau ape sal aku benci tahap hyperbola ngan mamat tu. Mohd  Farid bin Datuk Mohd fadhil lelaki yang pernah mengharu birukan dunia ku, lelaki muka tembok, lelaki yang perasan bagus. Pasal dialah aku kena ejek ngan along, angah dan achik dan pasal dialah aku sanggup merantau jauh menimba ilmu asalkan tak terjumpa dengan dia. Dia lah lelaki yang telah mengharukan hidup ku.  Memandangkan aku malas nak fikir pasal dia lain kali aku cerita… setelah parking kereta aku menuju ke lift sambil melambai tangan dengan Miza @ penyambut tetamu syarikat tu. Aku melihat jam di tangan awal lagi ni. Harap-harap kuda laut tu lambat hari ni walaupun sebenarnya kuda laut tu tak pernah lambat datang ke pejabat.

“Morning Airyn “ buat kan aku terkejut lalu menoleh. Ish macam tau jer kuda laut ni aku tengah fikir pasal dia. “ Morning Encik Farid” jawabku tanpa menoleh. “ kan abang dah bagi tau tak perlu ber encik encik dengan abang, nak kena cium ker” usik Farid sambil melirik Airyn, alahai Airyn kenapalah aku boleh giler ngan ko ni.. bisik Farid dalam hati. “ biol ker apa, nak kena tampo ker” panas hati Airyn lalu masuk ke dalam lift di ekori Farid yang hanya mengelengkan kepala melihat Airyn rasa hati Farid nak jer dia peluk minah ni mulut macam peluru berpandu. “ yer lah usik sikit pun tak boleh, kedekut bukannya luak pun” balas Farid bersahaja, sengaja nak lihat reaksi Airyn dia balas ke tak!. “ Suka hati nak usik-usik apa ingat anak ayam boleh usik-usik, luak ke tak luak ker aku punya pasal nak kena  penampo cakap tak der masa nak gurau ngan ko” balas Airyn bagaikan tembakan peluru berpandu yang tak berhenti – henti. Farid hanya tersenyum memandang Airyn nasib dalam lift tu hanya mereka berdua ‘tak per tak dapat cara baik ko tunggu jer Airyn aku kurung ko dalam bilik bila aku dah dapat’ gumamnya dalam hati smbil melirik Airyn yang macam, cacing kepanasan. Sampai jer pintu lift terbuka Airyn terus membolos tanpa peduli yang dia terlanggar badan Farid sehinggakan kedua-duanya terjatuh depan pintu lift, yang hot nya Airyn jatuh atas Farid mereka bertentang mata dan tanpa Airyn sedari tangan Farid melekap di pinggang Airyn. Dramatic betul adalah dalam 2 minit mereka bertentang mata sehinggalah Farid bersuara “sedap ke dok atas abang ni sayang?” Airyn bingkas bangun lalu meninggalkan Farid yang masih duduk sambil tersenyum “ Airyn… Airyn “ panggil Farid kuat sehinggakan staff yang lain menoleh ke arahnya menyebabkan Airyn berhenti dan menoleh “ u hutang dengan I sebab selamatkan u dari jatuh tau…” maklum Farid sambil menunjukkan tanda kiss dengan Airyn. Panas hati Airyn lalu terus ke meja dan hanya tunduk menghadap komputernya. ‘Malaun betul mamat ni, bongok aper buat macam tu, orang lain nampak nanti apa pula pandangan dorang, huh kuda laut betul’ gumam Aireyn dalam hati. Farid menuju ke meja Airyn sebelum masuk kebiliknya lalu berhenti  depan meja Airyn “ apa yang di zikirkan tu Airyn, hinga herot mulut tu saya tengok, hmm Airyn make me coffee and thanx yer love you” arah Farid dalam usikan. “nak kena tampo atau nak kena pijak” balas Airyn dengan geram rasanya kalau boleh nak buat betul – betul lalu berdiri dan berlalu ke pantry. Setelah siap membancuh Airyn singgah di mejanya untuk mengambil organizer bagi menyemak pergerakan Kuda laut hari ni ‘ yes kuda laut tak der kat ofis satu hari ni …aman lah dunia ku’. Kemudian mengetuk pintu lalu masuk, Farid tekun memandang fail di hadapannya, salah satu sikap farid yang Airyn suka bila berkerja dia akan serius dengan kerja. Dahi berkerut memandang fail tersebut, lalu Airyn meletakkan kopi di tepi meja lalu membuka organizer dan meneliti seketika. “ thanks yang” lalu mencapai gelas dan minum” hari ni apa program abang yang” tanya Farid bersahaja sambil tersenyum, saja nak mengusik Airyn.” Apa yang yang buah kepayang la, hari ni awak ada mesyuarat kat putrajaya, petang lawatan tapak dengan perbadanan putrajaya, so today you very full even only had two programs” terang ku dengan senang hati atas sebab hidupku akan aman sepanjang hari ni sebab kuda laut tak der di ofis. “ okey, sediakan fail yang saya nak bawa, oh yer Airyn you siap sekali ikut I pegi meeting because I need assistant to take noted all the information. Okey u can leave now” arah Farid tanpa memandang muka Airyn..” cup..cup kenapa saya kena ikut..?” tanya Airyn tak puas hati. “ kenapa ada masalah ker kan u PA saya..Kak Maria pun dulu akan ikut saya kalau saya ada meeting dengan agensi luar terutama dengan kerajaan” Jawab Farid lalu memandang muka Airyn. “ enough Airyn just go and ready..” gesa Farid tanpa memberi Airyn peluang.   “ huh…Why Me??? “bentak Airyn lalu keluar… Farid melihat Airyn menghempas pintu, ‘hahaha dia ingat aku tak tau yang dia suka aku tak der kat ofis, siap lah ko cik Airyn ku sayang, mana aku pegi aku heret ko sama, mana ko hilang hingga lubang cacing akan ku cari, cukup lah 5 tahun kau menghilang Airyn, takkan ku lepaskan’ bisik

Tiada ulasan: