Salam semua...
minggu yang kurang baik semua demam dari yang kecik hingga si ibu... ibu yang teruk dgn tonsil bengkak.. walau apa pun have nice day...
Duniaku sebagai anak, adik, isteri dan ibu ... insyaAllah akan menjadi Bos suatu hari nanti...
Isnin, 28 Oktober 2013
Khamis, 17 Oktober 2013
WHY ME ????? Bab 2
Bab 2
“Morning ibu, morning ayah “
sapaku sebaik jer sampai di meja makan.
“Aik yang kami ni tak der morning
ker takkan ibu ngan ayah jer?” tetiba suara along menyampuk mengenyitkan mata
pada ku. “Malas nak say morning dengan korang hati masih membara ni, along
punya pasal la adek terjerat kat syarikat tu. Hutang along sebab buat adik
macam ni takkan adek lupakan, never” jawabku tanpa memandang muka along, terasa
bersalah tapi kena bagi pengajaran juga kat along ni ialah memandai atur
kehidupan ku siap atur jodoh untuk aku lagi tu, lagilah aku hangin..
“Adek tak baik cakap macam tu
dengan along, apa salahnya Farid tu sampaikan adek benci betul kat dia, hari ni
balik awal yer kita ada tetamu malam ni. And adek please bawa bawalah berdamai
dengan si Farid tu jangan nanti silap-silap hari bulan itulah jodoh adek” tegur
ibu membuatkan aku diam jer baik tak yah jawab kang berlanjutan. “ okeylah
ayah ibu adek gi dulu kang lambat masuk
ofis kuda laut tu bising pula” salamku terus menuju ke kereta ku..hmm jangan
tak tau ayah hadiahkan aku kereta sempena dapat kerja. Tu yang buat aku tahan
nak kerja walaupun setakat MYVI Alhamdulillah…
“Abang macam mana nak cakap pasal
malam ni dengan Airyn yang Datuk Fadhil datang merisik Airyn, tengok jer tadi
tu macam benci sangat dia ngan si Farid tu,risau pula saya “ Pn Amizah
meluahkan kerisauannya dengan suami dan anak-anaknya yang masih di meja makan.
“ Ibu jangan risaulah insya Allah okey jer tu kalau ibu dan ayah yang cakap,
kan adek tu kalau ibu dan ayah yang cakap dia akan menurut jer nak-nak lagi ibu
berdrama sikit, confirm adek setuju jer tu, cayalah cakap along…” jawab along @
Mohd Aidil. “Jangan risaulah zah, abang yakin Airyn takkan menolak tapi kita
kena hormat juga pilihan dia, mana tau Airyn dah ada boyfriend, kita tanya jer
dulu, tapi jangan paksa sebab abang takut kalau kita desak dia entah-entah dia
hantar borang permohonan dia nak sambung master kat Australia tu. Melopong kita
zah” jawab Encik Ismail lalu mengenggam tangan Pn Amizah. “ hmm ayah ni depan
kami pun nak beromantik ni yang buat along jealous ni..hahaha” usik angah @
Mohd Airil sambil melirik mata mengejek
along. “ eh ko jangan nak buat citer entah-entah ko yang jealous, ko nak
along luku ke kepala ko ngah ?” balas along sambil menjeling sakit hatinya
melihat senyuman angah dan achik. ”dah..dah tak payah nak bertekak, ni semua
tak nak gi keje ker, ibu dan abah dah nak gerak ni, achik tolong Mak Mah kemas
yer, memandangkan achik yang cuti hari ni nanti tolong Mak Mah pegi pasar untuk
beli barang-barang makan dinner malam ni. Jangan nak merayap tau, jangan lupa
ajak fairuz datang makan malam nanti “ pesan Pn Amizah yang panjang lebar terus
menuju ke garaj bersama suaminya. Setelah bersalam semuanya bergerak ke
destinasi masing-masing.
“Mak Mah jam berapa nak gi pasar”
tanya achik @ Aina sambil mengemas. Mak Mah keluar dari dapur untuk membantu
mengemas meja makan. “Achik kejap lagi kita pegi Mak Mah nak kemas dapur dulu
nanti Mak Mah panggil Achik” jawab Mak Mah walaupun usia dah separuh abad tetap
cergas buat kerja dapur. “ tak per la Mak Mah hari ni Achik tolong buat semua
kerja dan jadi driver Mak Mah yer “ jawab Achik lalu memeluk bahu Mak Mah.
____________________________________________________________
Sepanjang perjalanan dari rumah
ke ofis membuatkan aku terfikir pasal kuda laut tu. Oh ya lupa nak bagi tau ape
sal aku benci tahap hyperbola ngan mamat tu. Mohd Farid bin Datuk Mohd fadhil lelaki yang
pernah mengharu birukan dunia ku, lelaki muka tembok, lelaki yang perasan bagus.
Pasal dialah aku kena ejek ngan along, angah dan achik dan pasal dialah aku
sanggup merantau jauh menimba ilmu asalkan tak terjumpa dengan dia. Dia lah
lelaki yang telah mengharukan hidup ku. Memandangkan
aku malas nak fikir pasal dia lain kali aku cerita… setelah parking kereta aku
menuju ke lift sambil melambai tangan dengan Miza @ penyambut tetamu syarikat
tu. Aku melihat jam di tangan awal lagi ni. Harap-harap kuda laut tu lambat
hari ni walaupun sebenarnya kuda laut tu tak pernah lambat datang ke pejabat.
“Morning Airyn “ buat kan aku
terkejut lalu menoleh. Ish macam tau jer kuda laut ni aku tengah fikir pasal
dia. “ Morning Encik Farid” jawabku tanpa menoleh. “ kan abang dah bagi tau tak
perlu ber encik encik dengan abang, nak kena cium ker” usik Farid sambil
melirik Airyn, alahai Airyn kenapalah aku boleh giler ngan ko ni.. bisik Farid
dalam hati. “ biol ker apa, nak kena tampo ker” panas hati Airyn lalu masuk ke
dalam lift di ekori Farid yang hanya mengelengkan kepala melihat Airyn rasa hati
Farid nak jer dia peluk minah ni mulut macam peluru berpandu. “ yer lah usik
sikit pun tak boleh, kedekut bukannya luak pun” balas Farid bersahaja, sengaja
nak lihat reaksi Airyn dia balas ke tak!. “ Suka hati nak usik-usik apa ingat
anak ayam boleh usik-usik, luak ke tak luak ker aku punya pasal nak kena penampo cakap tak der masa nak gurau ngan ko”
balas Airyn bagaikan tembakan peluru berpandu yang tak berhenti – henti. Farid
hanya tersenyum memandang Airyn nasib dalam lift tu hanya mereka berdua ‘tak
per tak dapat cara baik ko tunggu jer Airyn aku kurung ko dalam bilik bila aku
dah dapat’ gumamnya dalam hati smbil melirik Airyn yang macam, cacing
kepanasan. Sampai jer pintu lift terbuka Airyn terus membolos tanpa peduli yang
dia terlanggar badan Farid sehinggakan kedua-duanya terjatuh depan pintu lift,
yang hot nya Airyn jatuh atas Farid mereka bertentang mata dan tanpa Airyn
sedari tangan Farid melekap di pinggang Airyn. Dramatic betul adalah dalam 2
minit mereka bertentang mata sehinggalah Farid bersuara “sedap ke dok atas
abang ni sayang?” Airyn bingkas bangun lalu meninggalkan Farid yang masih duduk
sambil tersenyum “ Airyn… Airyn “ panggil Farid kuat sehinggakan staff yang
lain menoleh ke arahnya menyebabkan Airyn berhenti dan menoleh “ u hutang
dengan I sebab selamatkan u dari jatuh tau…” maklum Farid sambil menunjukkan
tanda kiss dengan Airyn. Panas hati Airyn lalu terus ke meja dan hanya tunduk menghadap
komputernya. ‘Malaun betul mamat ni, bongok aper buat macam tu, orang lain nampak
nanti apa pula pandangan dorang, huh kuda laut betul’ gumam Aireyn dalam hati.
Farid menuju ke meja Airyn sebelum masuk kebiliknya lalu berhenti depan meja Airyn “ apa yang di zikirkan tu
Airyn, hinga herot mulut tu saya tengok, hmm Airyn make me coffee and thanx yer
love you” arah Farid dalam usikan. “nak kena tampo atau nak kena pijak” balas
Airyn dengan geram rasanya kalau boleh nak buat betul – betul lalu berdiri dan
berlalu ke pantry. Setelah siap membancuh Airyn singgah di mejanya untuk
mengambil organizer bagi menyemak pergerakan Kuda laut hari ni ‘ yes kuda laut
tak der kat ofis satu hari ni …aman lah dunia ku’. Kemudian mengetuk pintu lalu
masuk, Farid tekun memandang fail di hadapannya, salah satu sikap farid yang
Airyn suka bila berkerja dia akan serius dengan kerja. Dahi berkerut memandang
fail tersebut, lalu Airyn meletakkan kopi di tepi meja lalu membuka organizer
dan meneliti seketika. “ thanks yang” lalu mencapai gelas dan minum” hari ni
apa program abang yang” tanya Farid bersahaja sambil tersenyum, saja nak
mengusik Airyn.” Apa yang yang buah kepayang la, hari ni awak ada mesyuarat kat
putrajaya, petang lawatan tapak dengan perbadanan putrajaya, so today you very
full even only had two programs” terang ku dengan senang hati atas sebab
hidupku akan aman sepanjang hari ni sebab kuda laut tak der di ofis. “ okey,
sediakan fail yang saya nak bawa, oh yer Airyn you siap sekali ikut I pegi meeting
because I need assistant to take noted all the information. Okey u can leave
now” arah Farid tanpa memandang muka Airyn..” cup..cup kenapa saya kena ikut..?”
tanya Airyn tak puas hati. “ kenapa ada masalah ker kan u PA saya..Kak Maria
pun dulu akan ikut saya kalau saya ada meeting dengan agensi luar terutama
dengan kerajaan” Jawab Farid lalu memandang muka Airyn. “ enough Airyn just go
and ready..” gesa Farid tanpa memberi Airyn peluang. “ huh…Why Me??? “bentak Airyn lalu keluar…
Farid melihat Airyn menghempas pintu, ‘hahaha dia ingat aku tak tau yang dia
suka aku tak der kat ofis, siap lah ko cik Airyn ku sayang, mana aku pegi aku
heret ko sama, mana ko hilang hingga lubang cacing akan ku cari, cukup lah 5
tahun kau menghilang Airyn, takkan ku lepaskan’ bisik
Jumaat, 11 Oktober 2013
assalamualaikum...
hari ni paper pertama utk midterm exam...nasib okey jer walaupun ada biol skit kepala...huhuhu..dah masuk semester 6, 2 semester lagi nak graduate..than sambung plak master..bila la nak habis study ni..insyaAllah selagi mampu...esok direct 2 paper sedia tak nyer lagi baru baca sikit2 huhu kelentong lah nampak nyer esok...
doakan saya dapat jawab yer,....
salam
ibu asya aisyi..
hari ni paper pertama utk midterm exam...nasib okey jer walaupun ada biol skit kepala...huhuhu..dah masuk semester 6, 2 semester lagi nak graduate..than sambung plak master..bila la nak habis study ni..insyaAllah selagi mampu...esok direct 2 paper sedia tak nyer lagi baru baca sikit2 huhu kelentong lah nampak nyer esok...
doakan saya dapat jawab yer,....
salam
ibu asya aisyi..
Rabu, 9 Oktober 2013
NOVEL : WHY ME???????????????
BAB 1 : Kadangkala apa yang diharapkan
tidak seindah apa yang di impikan. Hmmm begitulah hidup ku.. hari ini interviu
yang ke 4 aku hadiri. Ikut akan hati malas nak pegi tetapi dah abang kesayangan
yang tak di sayang tu paksa, terpaksalah pergi.
Tiba sahaja di Marion Holdings aku berjumpa dengan penyambut tetamu.
“Assalamualaikum cik, saya datang
nak interviu. “ sapaku.
“ Waalaikumusalam, interviu! Hmm
saya rasa syarikat tak der pula buat interviu, sekiranya ada mesti bahagian HR
dah maklum dengan saya cik.” Bingung aku memikirkan, betul ke tidak ada
interviu ni.
“ Biar betul cik sebab semalam
saya dapat panggilan untuk hadir hari ni temuduga jam 9 di tingkat 9 dari Pn.
Maria” tanyaku semula dengan dahi yang semakin berkerut. Mungkin kalau di
sambung kening boleh bercantum kot.
“ Maafkan saya cik, saya tanya
kak Maria dulu yer nak confirmkan, kejap yer”
Mata ku melilau melihat
sekeliling, bertembung dengan sepasang mata yang sedang merenungku tanpa
berkelip. Macam kenal jer mamat ni, macam pernah nampak tapi dimana dan siapa
yer…
“ Maaf yer cik, saya memang tak
ada di maklumkan, cik boleh naik terus ke tingkat 9 dan berjumpa dengan
Pn.Maria” senyum penyambut tetamu bila maklumkan makin berdebar di hatiku. Aku
terus menuju ke lif. Setiba sahaja di tingkat 9 seorang perempuan yang sarat
mengandung menungguku dengan senyuman. Comelnyer ibu mengandung ni.
“ Airyn Ismail ker ?” tanya
perempuan tadi aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. “Saya Kak Maria
PA bos Marion Holdings, Airyn akan menggantikan kakak sepanjang kak cuti
bersalin nanti”, memperkenalkan dirinya dengan begitu mesra comel sungguh ibu
mengandung ni tetiba jer aku mengosok perut ku, ops apa yang aku mengarut ni
siap gosok perut lagi huh berangan lebih. Kak Maria tersenyum memandang gelagat
ku.
“Ops .. Kak Maria bukan ker saya
datang ni untuk interviu …” pelik interviu pun belum dah di terima bekerja… “
Oh tak bos tak jadi nak buat interviu dia terus lantik jer sebab nak cepat
minggu depan kak dah start cuti dah..bolehkan Airyn “? pelik juga budak ni
kalau orang lain mesti dah gembira yang dia ni buat muka macam tak suka jer, Maria
bermonolog sendiri.
“ Hmm kak, Airyn nak tanya sikit
boleh?” aku bertanya untuk merungkai kekusutan di kepala yang memang dah tepu
ni. “Boleh Airyn apa dia” Kak Maria hanya tersenyum…
“Macam mana Airyn boleh di
panggil dan dapat kerja kat sini pada hal Airyn tak pernah aply jawatan kat
sini, jawatan PA pula tu jauh dari bidang Airyn..musykil ni kak…” pandang ku
dengan penuh berminat agar dapat merungkaikan kekusutan ni.
“ oh ye ker… pelik juga…hahaha
tak der lah peliknya Airyn kan tu rezeki dari Allah s.w.t. Airyn patutnya
bersyukur sebab Airyn tak buat apa-apa dah dapat kerja, orang lain terpaksa
berbaris-baris nak mohon kerja tau.. syukran Airyn..” nasihat kak Maria sambil
menepuk bahuku lembut..
“ Alhamdulillah.. so bila saya
start keje ni..” tanya ku walaupun dengan separuh hati. Nak jadi PA tu rewind
semula Personal Assistant tu pada boss Marion Holdings.. masak aku kali ni. Tak
per Airyn pasti boleh anak papa mesti boleh.
“Rasanya hari ni dah start tak
per kejap lagi Airyn jumpa Big Bos dan berkenalan, don’t worry Airyn he very
nice person” kak Maria jawab sambil tersenyum. Tapi aku 1001 perasaan sebab
bila lihat senyuman kak Maria tu macam pelik, hmm lantaklah…aku tak suka aku
berhentilah.. before that just set in mind this is challenging, ialah dah bosan
dok rumah ni.
“Jom Airyn big bos dah panggil” ,
ajak Kak Maria, aku mengekor belakang Kak Maria perasaan aku yup jantung rasa
nak meletop sana lah juga ada rasa nak terkencing..Ya Allah bantulah n berilah
kekuatan kepada hambamu…Amin.. doaku dalam hati. Kak Maria mengetuk pintu dan
masuk.
“Assalamualaikum Datuk dan Tuan, Datuk dan Tuan ni Airyn Ismail
pengganti saya sepanjang saya cuti nanti”. Terang Kak Maria.
“Waalaikumussalam Maria dan Airyn,
Airyn sampai bila nak tunduk tu tak nak tengok muka uncle ker, uncle ni
hendsome tau ” usik Datuk yang di maksudkan Kak Maria tadi. Lantas aku
mengangkat muka dan bertentang mata dengan ops Datuk Fadhil kawan ayah.. kelu
lidah ku dengan senyum yang terpaksa atas sebab terkejut or tak sangka… Masya
Allah rupa-rupanya aku kerja di syarikat kawan ayah, patutlah muka lelaki yang satu ni macam pernah aku nampak
dan kenal sebelum ni. Sakitnya hati.
“Uncle Fadhil, assalamualaikum”
jawab ku setelah lama bermonolog sendiri. “ okeylah Datuk dan Tuan saya keluar
dulu yer nak balik tempat. Oh ya Tuan Farid pagi ni meeting tuan dengan
syarikat makmur tu cancel tapi diganti dengan lawatan tapak di Putrajaya jam
10.30 pagi nanti bersama-sama dengan
pihak Perbadanan Putrajaya.” Maklum
kak Maria lalu keluar dan aku pun mengekor kak Maria..
“Airyn duduk dulu” arah Uncle
Fadhil. “ Farid agak-agaklah tengok anak orang tu, malu Airyn tu” usik Datuk
Fadhil. “ mana ada ayah ni memandai jer, nak tengok juga, lama tak jumpa dulu
masa kecik-kecik adalah” jawab Farid cover malu. Huh dia ni cucuk kang mata tu
menyakitkan hati jer sebelum lebih jauh baik aku cakap. “ uncle Fadhil, sebelum
tu Airyn nak minta maaf sebab Airyn tak tau syarikat ni uncle yang punya patut
pun abah dan abang Aidil beriya-iya paksa Airyn datang hari ni. Airyn tak boleh
terima jawatan ni sebab tak pernah ada pengalaman pun, bolehkan uncle” terangku
berhati-hati, ialah airmuka ayah kena jaga jugakan, mana la tau uncle Fadhil
cerita ngan ayah masak aku kena goreng dengan ayah nanti.
“ hmm Airyn uncle tau memang
setiausaha ni bukan bidang Airyn untuk 3 bulan ni jer untuk tolong Farid, lepas
maria habis cuti bersalin uncle akan tawarkan Airyn jawatan yang bersesuaian
dengan bidang or kursus Airyn. That’s mean utk 3 bulan ni kira orientasi lah
yer” terang uncle Fadhil tersenyu sambil memandang ku dengan harapan.
“ Boleh tak Airyn fikir kan dulu”
tanya ku dengan harapan uncle Fadhil setuju. “ Tak boleh ayah sebab farid
perlukan pembantu nanti Maria cuti siapa yang nak bantu Farid, siapa nak susun
jadual Farid ” bangkang Farid tiba-tiba. Berpusing kepala aku menoleh kearah
farid mengelegak darah aku “ eh ko aperhal, suka hati aku lah.. menyakitkan
hati jer” hah ambik kau keluar ayat brutal aku. “ ah sudah farid Airyn dah jangan bertekak, Airyn uncle nak
minta tolong 3 bulan jer lepas tu terpulang pada Airyn nak teruskan dengan
jawatan tu atau nak kekal. Farid nak Airyn jadi pembantu please behave
yourself” terang uncle Fadhil kepada ku dan berbau amaran kepada Farid.
“ okey ayah Farid terima will be
behave myself to Cik Airyn tapi kalau terlebih sikit tu tak per kan Airyn”
jawab Farid selamba terus memandang ku. Menyampah nyer aku dengan jantan ni,
kenapalah nasib ku macam ni, inilah jantan yang aku nak elakkan selama ini. Ibu
tolong adek….
Isnin, 7 Oktober 2013
Assalamualaikum semua...
Hari ini pergi Jabatan Kebajikan ngan husband... well saya nak buka taska... my dreams...nak buka taska..insyaAllah dgn sokongan husband n family. Perancangan nak buka dekat my home town at Bongawan...at least sya cuba utk buka n bantu org yg tak berkerja n yang berkerja... harap2 semua berjalan lancar... insyaAllah ..doakan saya yer...1stly saya kena pergi kursus pengurusan Taska...excited n tak sabar ni insyaAllah next year akan tertubuhnya Taska Idaman... doakan impian saya yer...
love ibu asya aisyi
Hari ini pergi Jabatan Kebajikan ngan husband... well saya nak buka taska... my dreams...nak buka taska..insyaAllah dgn sokongan husband n family. Perancangan nak buka dekat my home town at Bongawan...at least sya cuba utk buka n bantu org yg tak berkerja n yang berkerja... harap2 semua berjalan lancar... insyaAllah ..doakan saya yer...1stly saya kena pergi kursus pengurusan Taska...excited n tak sabar ni insyaAllah next year akan tertubuhnya Taska Idaman... doakan impian saya yer...
love ibu asya aisyi
Jumaat, 4 Oktober 2013
JoM BeR' ShAkLlEe....
Meal Shakes
|
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari
oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli • Hidangan segera untuk para atlet • Kudapan menarik pada bila-bila masa • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
* sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak terutama sekali yang tiada selera makan, kanak2 yg selalu menghidap demam, sinus n kurang tumpuan dalam belajar.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. |
Langgan:
Catatan (Atom)