Rabu, 19 April 2017

Hang Jebat Poyo - Bab 2

Bab 2

“Uncle Idris Jazman mu suka sangat bercerita tentang kisah percintaannya yang selalunya tak jadi,”sindir Untie Inarah.

“Cinta tak menyebelahi dia Untie, sebab Uncle menganggap cinta itu tiada erti padanya” Bantah Iman Jazmina dan menyambung “ Kan dia dah ada 4 orang isteri”.

“Hahaha mereka semuanya masih muda dan cantik”, jawab Uncle Idris Jazman dengan mata yang bersinar seperti mengingatkan sesuatu yang manis.

“hmm…sayangnya mereka mau berkahwin dengan uncle adalah sebab wang. Iman , uncle tetap kaya dan tak rugi apa apa sebab uncle ada syarikat sendiri,  tapi Iman yang  akan merempat dan hidup tak akan semewah sekarang, ingat tu Iman, Untie Inarah mu mungkin akan balik ke Sabah bersama Mak Tok tapi Iman bagaimana?. Uncle Cuma nak pastikan hak Mak Tok dan Iman  terjaga bila dah berkahwin dengan Jebat nanti, itu jer, Iman tak tau hari kemudian, uncle Cuma nak Iman selamat” jawab Uncle Idris Jazman dengan panjang lebar tanpa bentakan atau suara yang keras.

Iman Jazmina kembali berdiri menghadap tingkap tanpa menoleh ke belakang. Cuba untuk mentafsir kata-kata Uncle Idris.

“Iman , Jebat tau tak hubungan Iman  dan Khairul Anuar,”tanya Uncle Idris Jazman.

“macam manalah dia nak tahu, Iman sendiri pun tak kenal Hang Jebat yang uncle agung agungkan tu , dan Iman  harap dia tahu supaya dia boleh batalkan semuanya rancangan gila ni,’ jawab Iman  dengan perasaan geram.

Good Job Iman, hopefully everything will move smoothly” jawab Uncle Idris Jazman dengan mendatar seperti memberi ugutan dari kata-katanya.

“Uncle harap dia takkan tahu, agar rancangan untuk menyatukan Iman  dan Jebat berjalan dengan lancar, seperti di dalam wasiat yang telah di tetapkan oleh arwah ayah dan atuk Iman ,” terang Uncle Idris Jazman lagi,

“Betul kata uncle tu, semuanya harus berjalan dengan lancar kan cik Iman” ucap seseorang dari pintu utama.

Semua kepala menoleh ke suara tersebut dan berdiri seorang jejaka yang tinggi berkulit putih berperawakan serius. 

“Jebat, sila masuk…Iman Jazmina inilah Jebat Iskandar,” pelawa Untie Inarah memecahkan kebisuan ruang tamu tersebut.

Come Jebat, have a seat,” jemput Uncle Idris Jazman pula.

“Iman Jazmina ini lah bakal suami kamu, yang akan menjaga kamu so berkenal kenalan lah,” terang Uncle Idris Jazman sambil menjeling Iman Jazmina yang masih tidak berganjak dari tingkap.

Iman Jazmina yang masih dalam sendu sambil menyapu air matanya menjeling kearah Jebat.

“terima kasih Uncle dan Untie, apa khabar Mak Tok, perbicaraan yang menarik, maaf lah saya bukan tak nak bunyikan bell tapi takut bunyi tu menganggu perbincangan kalian. Kedengaran teramat serius ya,” terang Jebat dengan sinis.

Iman melihat Mak Tok hanya mengangguk dan tersenyum ke arah Jebat takkan lah Mak Tok pun terpikat dengan si hang Jebat ni, gumam Iman dalam hati.

“Kenapa awak kesini, atau saya boleh simpulkan disini kedatangan awak ke mari adalah untuk menyelesaikan wasiat yang di tinggalkan untuk kita semua,” serang Iman Jazmina dengan kata kata tanpa memberi peluang Jebat untuk berkata.

“Iman Jazmina jangan biadap, sungguh tidak sopan bila bercakap macam tu dengan bakal suami kamu,” marah Uncle Idris Jazman

“huh bakal suami..ke laut lah” jawab Iman Jazmina tanpa menoleh kearah mereka.

“Well…hmm..interesting,” gumam Jebat dan menyambung kembali  “ maybe saya datang bukan pada masa yang sesuai, tapi kedatangan saya ni untuk menyelesaikan urusan saya dengan awak, dan ini  antara kita berdua sahaja and actually I nak ajak you dating kejap,” 

“ tak lah Jebat, jangan salah sangka kamu datang tepat pada masanya,” jawab Uncle Idris Jazman dengan cepat “ kamu boleh berbincang dengan Iman Jazmina di depan kami semua “.

Jebat merenung belakang  Iman Jazmina merasa sedikit geram kerana wanita itu langsung tak nak menoleh kearahnya.

“Saya rasa biarlah hanya saya dan Iman yang berbincang, sebab ini antara kami berdua”.

“tak der apa yang nak di bincangkan Encik Jebat or Hang Jebat, klasik sangat nama tu…tak sesuai” jawab Iman dengan sinis.

“hm... tak perlah... Inara, mak jom kita keluar jap, jalan-jalan ker nanti terbakar pula kat rumah ni, sebab buku dan ruas dah bertemu”, ajak Uncle Idris. Untie Inara dan mak Tok hanya mengangguk dan masuk kebilik untuk bersiap.

“eh tak kan nak tinggalkan Iman dengan hang Jebat ni”

“apa yang takut sangat kalau kena tinggal dengan saya, saya bukannya makan orang pun” jawab jebat dengan sinis.

“Iman bincanglah baik baik dengan Jebat, Mak Tok harap bincang biar dari hati jangan di ikut rasa marah, benci tu, fikir sebaiknya, apa pun keputusan Iman mak Tok terima.”

“cepat lah Inara, mak saya tunggu dalam kereta” uncle johan menggesa supaya mereka cepat bergerak.

Tiada ulasan: