Rabu, 19 April 2017

Hang Jebat Poyo - Bab 1


BAB 1

Kegelisahan dan kemuraman menyelubungi ruang tamu. Untie Inarah duduk membisu di atas kerusi. Baru sahaja Uncle  Idris Jazman selesai menyambut hari jadinya yang ke 50 tahun. Matanya hanya merenung anak buah kesayangannya yang sedang bergelut dengan rasa sesal dan gusar. Mak Tok hanya duduk sambil merenung setiap ahli yang ada di ruang tamu, walaupun usianya sudah separuh abad tetapi punya pendengaran yang jelas dan masih sihat dan anggun.

Hanya Iman Jazmina yang sibuk memerhati setiap orang yang ada di ruang tamu bagaikan ingin menelan mereka. Ni semua atas sebab wasiat atuknya Ikhwan Johari. Ikhwan Johari adalah atuk Iman dan mempunyai anak 3 orang sahaja iaitu abah Imadi Jazlan, Idris Jazman adalah adik abah nombor 2, dan Untie Inarah Jazlin adek abah yang bongsu.  IJ Holdings adalah syarikat yang ditinggalkan oleh arwah abah dan arwah atuk untuk diterajui olehnya. Uncle idris pula punya firma guaman sendiri iaitu Idris & Co manakala Untie Inarah punya resort pelancongan yang terkenal di Sabah. Dan hakikatnya dua dua uncle dan untienya tidak berminat untuk menerajui IJ Holdings bagi mereka IJ Holdings adalah hak Iman Jazmina. Dan dia sendiri sebenarnya tidak berminat untuk menerajui  IJ Holdings sebab minatnya lebih kepada seni tetapi atas desakan Uncle dan untie serta nasihat Mak Tok dia terpaksa mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan. Dan Alhamdulillah dia adalah graduate daripada Universiti Malaya.  

“ Iman  dah bagitahu berulang- ulang kali kan  yang Iman  hanya akan kahwin dengan orang yang Iman  cinta, tanpa cinta no marriage happen,” bentak Iman Jazmina dengan tegas.
“Tak der seorang pun yang boleh mengatur hidup Iman , not uncle or somebody else!” tegas Iman Jazmina tanpa memperdulikan pandangan tajam daripada Uncle Idris Jazman.

“Biasanya Iman  selalu terima apa jua cadangan Uncle Idris ,” kata Untie Inarah dengan tenang kerana dia amat kenal sikap Iman yang selalu memberontak. “ Iman  pasti tahu kan cadangan uncle Idris adalah cadangan yang terbaik untuk Iman ”.

“Maksud Untie, yang baik untuk Uncle Idris and all of you, kalau nak tu semua jangan peralatkan Iman, Iman  bukannya alat untuk capai kemahuan kamu semua” Iman Jazmina membentak, tapi dalam masa yang sama berasa gerun dengan tatapan mata Uncle Idris yang seperti ingin menelannya.

“Iman  akan kahwin dengan Khairul Anuar, sebab Iman  cintakan dia dan we love each other” sambung Iman Jazmina.

“Huh we love each other, konon,” ejek uncle Idris Jazman “ Both of you in love, you mean like watching movie or go out somewhere or shopping, share the food is it love, write the poems its mean love .. huh…nonsense Iman Jazmina, it is not love but idiots “ jerkah Uncle Idris Jazman.

“uncle tak layak nak nilai cinta Iman  dan Khairul ” jawab Iman Jazmina dengan suara yang garang.

“Iman yang takk layak bercakap macam tu dengan uncle”, Uncle Idris Jazman mengetap gigi lalu menghampiri Iman Jazmina untuk menampar Iman Jazmina.

“Idris, jangan kau berani meletak tangan pada Iman Jazmina, Iman  berhak untuk menolak cadangan kamu, dia dah dewasa berhak untuk menentukan kehidupan sendiri”, jerkah Mak Tok.

Syukur Mak Tok menyelamatkan aku jadi mangsa tamparan Uncle Idris.

“Memang dia dah cukup dewasa mak, tapi belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri,” Uncle Idris mendekati  dan berdiri di hadapan ku dengan tegas lalu berkata “ Iman harus menikah dengan Jebat Iskandar, faham!”.

Tangisan Iman Jazmina kedengaran dan tiba-tiba Iman Jazmina menjerit;
“Iman  tak nak, Uncle tak boleh nak paksa Iman. Iman  cintakan Khairul.”

Iman Jazmina bangun dan bergerak menuju tingkap dan membukanya seluas luasnya, berdiri di hadapan tingkap sambil merenung malam, dalam hati berdoa moga malam ini berlalu dengan cepat kebencian dan kesakitan malam ini akan berlalu  dengan cepat.

“Kami tak nak kehilangan rumah ini hanya kerana kedegilan dan cinta bodoh yang Iman agung agungkan tu ,” tegas Uncle Idris pada Iman yang terus menanggis walaupun ada rasa belas dihatinya melihat Iman macam tu tetapi amanah yang telah di letakkan dibahunya harus di selesaikan. Matanya merah dan membengkak siapa yang memandangnya mesti merasa kesihan tetapi tetap comel dengan hidungnya mula memerah.

Untie Inarah melihat Iman dengan perasaan belas, dia yang menjaga Iman sejak abang long dan kak long nya meninggal. Dia menjaga Iman seperti anak sendiri dan seperti kawan walaupun usia mereka beza 10 tahun.

“Please Iman, Iman  kena ikut cakap Uncle Idris,”kata Untie Inarah “ ini bukan sahaja berkaitan harta Iman tetapi Wasiat ayah Iman, wasiat Atuk Iman, itu semua amanah yang dah di berikan pada untie dan uncle untuk memujuk Iman kahwin dengan Jebat. Tolong fikirkan hati Mak Tok kalau itu boleh melembutkan hati Iman,” Pujuk Untie Inarah

“Wang dan harta bukanlah hal yang penting dalam kehidupan kita untie….”kata Iman Jazmina tetapi kata katanya lalu di pintas  oleh Uncle Idris Jazman

“ Siapa kata wang tak penting Iman Jazmina…so love is more important for you…can you tell me is it love can give you money…give you house…give you what you are now….tell me Iman Jazmina “ jerkah Uncle Idris Jazman.

“Cinta adalah sesuatu yang indah uncle, dengan cinta baru ada kehidupan, dengan cinta kita boleh wujudkan segala galanya” jawab Iman Jazmina dalam tangisnya yang belum berhenti.

“Bicaralah terus dengan cerita cinta bodoh kamu itu Iman , Uncle betul betul kecewa dengan Iman , Iman  sanggup membiarkan semua harta miliki Iman hilang macam tu sahaja. Harta hasil titik peluh abang long dan ayah akan  lenyap begitu sahaja disebabkan kedegilan Iman . Sanggup melihat  Mak Tok hilang segala galanya di sebabkan kedegilan Iman ,” jawab Uncle Idris Jazman dengan wajah yang kesal dan suara yang mendatar. “Seandainya Iman  pernah alami apa yang uncle pernah lalui dulu, mesti Iman  akan percaya dengan wang baru wujudnya cinta,” sambung uncle Idris Jazman dengan sinis.

“Uncle nak cerita dengan Iman  apa yang hebatnya wang dan cinta bagi uncle,” jawab Iman Jazmina dengan mendatar, geram dengan uncle Idris Jazman yang terlalu mendesak.

“Uncle kamu sedang memulakan kisahnya panglipurlaranya dengarlah dengan teliti,” tegur   Mak Tok dengan mengenyitkan matanya sambil tersenyum kearah Iman, senyuman Mak Tok dapat melegakan sedikit kesedihan Iman.

Iman Jazmina menjadi tambah bosan mendengar suara-suara mereka terasa ingin lari dari situ. Dia tetap sayangkan Mak Tok dan Untie Inarah kerana merekalah menjaga dia sejak Ibu dan Abah meninggal dunia akibat kemalangan balik dari jamuan syarikat semasa dia baru sahaja tingkatan 5. Rumah ini adalah peninggalan datuk dan sekarang rumah ni atas nama Iman Jazmina sempena dia cucu tunggal dan anak tunggal dari abah. IJ Holdings di uruskan sementara oleh Untie Inarah dan di bantu sekali sekala oleh Uncle Idris Jazman dan yang mengejutkan Iman rupa rupanya IJ Holdings adalah perkongsian dari dua sahabat iaitu Ikhwan dan Jamri. Jamri merupakan Datuk si Hang Jebat Iskandar.

Tiada ulasan: